Friday, April 18, 2025

Hayati semangat perjuangan PBS  1985 – Dr Joachim

Dr. Joachim (tengah) merakamkan gambar kenangan dengan Dr Christoper (lima dari kanan) bersama Exco Pemuda selaku urusetia yang terlibat mengendalikan program Jelajah Konvoi Pergerakan Pemuda PBS.

TAWAU : – The Spirit of 85 (semangat perjuangan 1985) menjadi tunjang pemangkin Jelajah Konvoi Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dilancarkan Ahad lalu.

Pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyeru kepada Pergerakan Pemuda PBS untuk menghayati semangat perjuangan 1985 yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin PBS terdahulu dan menerangkan perjuangan parti kepada semua belia -beliawanis.

Katanya, perjuangan PBS ialah semata-mata untuk mempertahankan dan menuntut hak-hak rakyat Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1965 (MA65).

“Justeru, banyak tuntutan yang telah dituntut bagi kepentingan rakyat Sabah. PBS akan kekal menuntut semua yang sepatutnya kita tuntut,” kata Timbalan Ketua Menteri II itu ketika merasmikan penutupan Jelajah Konvoi itu di Kubota Square, di sini malam tadi.

“PBS sebagai parti lokal tertua di Sabah merupakan sebuah parti yang multiracial, multi-religion akan terus menuntut apa yang sepatutnya dituntut bagi kepentingan rakyat Sabah umpamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan, pembangunan dan lain-lain,” katanya.

Dr Joachim turut menyeru kepada Pergerakan Pemuda untuk memperkasakan PBS dan memperbanyakkan lagi program seperti Jelajah Konvoi ini ke seluruh pelusuk Sabah.

“Kita mahu semua menerangkan lebih banyak mengenai semangat perjuangan PBS.

“Dengan mengadakan jelajah ini ia juga akan dapat mengeratkan persahabatan dan lebih memperkukuhkan lagi perhubungan silaturrahim sesama pemuda PBS.

“Ini (jelajah konvoi) adalah satu titik permulaan untuk berkongsi dan bersatu meningkatkan kualiti penglibatan dalam PBS khususnya kepada belia -beliawanis di seluruh Sabah.”

Beliau turut mengulangi bahawa PBS akan tetap bersama dengan GRS.

“Kita akan bekerja keras dengan rakan-rakan dalam GRS bagi memenangi Pilihanraya Umum Negeri (PRN) yang akan datang.

“Sehubungan itu, kita juga turut mengekalkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS mengucapkan terima kasih kepada Dr. Joachim atas kehadirannya dan menyeru semua Pemuda PBS Tawau yang hadir untuk terus berjuang bersama dalam parti.

Beliau mengakui bahawa hubungan yang baik antara PBS dengan rakan-rakan dalam GRS menjadi faktor kemenangan PBS di Parlimen ini.

Katanya, di peringkat Parlimen, pembangunan di Tawau adalah sama rata dan tidak melihat latar belakang politik dalam satu-satu kawasan.

Turut hadir Ketua Pegerakan Pemuda PBS, Dr Christoper Mandut; Ahli Majlis Tertinggi PBS, Goon Thien Shang; Ketua PBS Bahagian N.73 Sebatik, Sahrol Mahoolop serta beberapa lagi Ketua- ketua Bahagian PBS dan Exco Pemuda.

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Topics

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img