Wednesday, October 16, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Hajiji: Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan

Hajiji melakukan gimik perasmian Karnival Kerjaya Mega Madani MYFutureJobs Negeri Sabah 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Sabtu.

Hajiji menyampaikan anugerah Majikan Prihatin Negeri Sabah pada Karnival Kerjaya Mega Madani MYFutureJobs Negeri Sabah 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Sabtu.



KOTA KINABALU: Sabah berjaya mencatatkan sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan setakat  27  September  2024,  satu  angka  yang  amat  membanggakan,  kata  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, penempatan pekerjaan itu merupakan usaha Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan   Sosial   (PERKESO)   dan    pelbagai   agensi   untuk   meningkatkan kebolehpasaran rakyat Sabah.

Beliauberkata, masih banyak cabaran yang perlu diatasi, termasuk meningkatkan kualiti latihan dan memastikan kemahiran yang diberikan selaras dengan keperluan industri.

“Saya menggesa kolaborasi strategik diteruskan antara kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swastauntuk memperluas peluang pekerjaandan menyediakan lebih banyak latihan yang relevan kepada rakyat negeri ini”, katanya ketika merasmikan  Karnival Kerjaya Mega Madani Myfuturejobs PERKESO Negeri Sabah Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Beliau mahu kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta untuk sama- sama menggembleng tenaga dalam mengurangkan pengangguran dan memastikan setiap individu mendapat peluang pekerjaan yang setara, setimpal dengan kemahiran serta bakat mereka.
Katanya, usaha ini penting untuk memperkukuh ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup   rakyat,  mengurangkan   kemiskinan  dan   memastikan   kesejahteraan  sosial terjamin.

Menurutnya,  Sabah  Jobs  Portal  (SJP)  dibawah  kendalian  Jabatan  Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Portal MYFutureJobs (MFJ) yang diperkenalkan oleh PERKESO akan digabungkan bagi memastikan ia mampu menyediakan perkhidmatan pencarian pekerjaan yang lebih efisien kepada rakyat Sabah.

Hajiji menyampaikan bantuan Skim Faedah PERKESO kepada seorang penerima pada Karnival Kerjaya Mega Madani MYFutureJobs Negeri Sabah 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Sabtu.

“Saya berharap sistem MYFutureJobs dan Sabah Job Portal ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi kebaikan rakyat Sabah. Integrasi ini akan memudahkan pencari kerja mendapatkan maklumat terkini dan membantu majikan mencaribakat yang sesuai.

“Dengan   platform   ini,  diharapkan   kadar  pengangguran  dapat  dikurangkan  dan meningkatkan kebolehpasaran rakyat Sabah”, katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri kini berada di landasan tepat menerusi pelan Human Capital  Development  Blue  Print  for  Sabah  (2021-2035)  untuk  memastikan  ilmu kemahiran dan kepakaran belia serta modal insan, sentiasa kekal relevan disamping menjadi garis  panduan bagi  program  pembangunan  modal  insan secara holistik di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus melaksanakan program keboleh pasaran dan latihan kemahiran termasuk TVET yang relevan dengan keperluan industri semasa serta menambah baik kemudahan dan alat bantuan latihan di institut latihan di bawah agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Katanya, pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) kini mula menunjukkan hasil yang positif, dengan pertumbuhanekonomisemakin meningkat dan kesejahteraan rakyat  semakin baik.

“Sebagai langkah strategik ke depan, kerajaan negeri menyokong penuh cadangan penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO bertaraf antarabangsa pertama di Borneo agar dapat dilaksanakan dengan segera”, katanya.

Hajiji juga mahu Karnival Kerjaya anjuran PERKESO diperluaskan ke bandar-bandar lain dan pekan-pekan kecil kerana ia memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini.

“Penganjuran karnival sebegini juga mampu mewujudkan satu ekosis tempasaran buruh yang efisien dan memberi peluang terbaik kepada anak-anak pencari kerja di Sabah”, tegasnya.

Popular Articles