Wednesday, October 16, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Peter Anthony ramal GRS akan “tumbang” pada PRN-17

PAPAR: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony meramalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan ‘kalah’ pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata ramalan itu berdasarkan pencapaian GRS yang kurang menyakinkan rakyat, terutama dalam menangani pelbagai isu penting termasuk masalah bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Percayalah GRS tidak lagi akan memerintah…GRS gagal…GRS akan kalah selepas PRN nanti.

“Walaupun parti kita KDM parti kerdil tidak seperti parti besar GRS kawan PAS ini, namun ia tidak melunturkan semangat parti kita untuk terus berjuang membuat pembaharuan demi masa depan rakyat yang lebih baik di Sabah,” katanya.

Peter berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaranJentera Pilihan Raya bagi DUN Limbahau di Dewan Serbaguna Kampung Biau, dekat sini hari ini.

Beliau berkata parti itu juga akan meletakkan calon yang sesuai bagi mencabar pemangku presiden PBS di kerusi DUN Kundasang.

Katanya KDM dijangka melancarkan jentera pilihan raya negeri dan manifesto seawalnya pada Disember tahun ini.

Beliau turut menggariskan beberapa agenda pembaharuan jika ditakdirkan parti itu berada dalam tampuk pemerintahan negeri selepas PRN.

Peter berkata KDM bertekad membina lebih banyak rumah untuk rakyat termiskin, memberi bantuan tahunan RM500 kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan menambah jumlah biasiswa percuma yang ditawarkan kepada pelajar kampung yang kurang berkemampuan,

“Kita bersama kaum-kaum lain termasuk bumiputera Muslim dan Tionghua akan sama-sama berganding bahu bagi menjayakan agenda pembaharuan ini,” katanya.

Popular Articles