Saturday, June 21, 2025

Contohi perilaku Nabi Muhammad kekalkan keharmonian masyarakat

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama pemimpin dan masyarakat Islam menyertai perarakan dari Padang Astaka Pekan Tuaran ke Dewan Seri Sulaman sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran Tahun 1446 Hijriah/ 2024M pada Khamis.

TUARAN: Rakyat negeri ini perlu sentiasa mencontohi perilaku Nabi Muhammad SAW dalam mengekalkan keharmonian antara masyarakat, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, kita harus terus menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini dengan mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam segala perilaku dan usahanya menjaga hubungan antara umat Islam dan bukan Islam.

“Budi pekerti  Rasulullah ini juga memberi pengajaran bahawa umat  Islam mestilah mengikis sikap  mudah selesa,  mudah  berpuas  hati dengan  pencapaian yang ada, sebaliknya perlu sentiasa bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

“Justeru, saya mahu rakyat agar bersama-sama kerajaan dengan memainkan peranan masing  -masing  terutama  sekali  dalam   membantu   menjayakan  setiap  agenda pembangunan negeri ini”, katanya pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran Tahun 1446 Hijriah/ 2024M di Dewan Seri Sulaman pada Khamis.

Beliau  berkata,  sambutan  Maulidur  Rasul  yang  diadakan  bukan  sekadar  untuk memperingati  dan  meraikan  hari  kelahiran  Nabi  Muhammad  SAW  semata-mata, sebaliknya   merupakan   wadah   untuk   mengikis   mentaliti   cepat   puas   hati   dan membebaskan diri daripada perangkap zon selesa (complacency) terutama sekali di kalangan anak-anak muda dan belia.

Hajiji berkata, semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta terhadap Rasululullah SAW.

“Saya ingin mengajak kita semua untuk merenung kembali perjalanan hidup Rasulullah SAW, yang penuh dengan pengajaran dan hikmah. Baginda bukan sahaja seorang rasul, tetapi juga seorang pemimpin, pendidik dan contoh teladan yang agung”, katanya.

Menurutnya, kejayaan sesebuah negara tidak dicapaidalam sehari, tetapi melalui usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak dari kepimpinan yang berwawasan hingga kepada penglibatan aktif rakyat.

Katanya, setiap elemen memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan negeri dan negara.   Dengan menggabungkan kekuatan pelbagai aspek, sesebuah negara boleh mencapai kejayaan yang mampan, menyeluruh bagi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dapat dicapai.

“Semoga  sambutan  Maulidul  Rasul  ini  menjadi  titik  tolak  bagi  kita  untuk  terus memperkukuhkan integriti, etika, dan kemajuan dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada ajaran dan kehidupan Rasulullah SAW untuk terus maju dan berdaya saing dalam mengangkat martabat umat, negeri dan negara kita”, katanya.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img