Saturday, June 21, 2025

Yayasan Sabah patut sedia tabung khas bantu pelajar miskin bayar yuran daftar universiti

KOTA KINABALU : – Dr Kanul Gindol berkata Yayasan Sabah sepatutnya menubuhkan Tabung Khas membantu pelajar dari keluarga yang tidak mampu membayar yuran pendaftaran universiti.

Ketua Bahagian Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) bagi Kota Belud itu berkata yuran daftar universiti semakin mahal, ada sehingga RM3,000.

Katanya Yayasan Sabah yang ditubuhkan pada 1966 untuk memajukan pendidikan Sabah.

“Mengapa pula sehingga Yang di-Pertua Negeri sendiri “turun padang” memberi bantuan kilat kepada dua pelajar yang hampir-hampir tidak dapat mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) seperti dilapor baru-baru ini, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menghulur bantuan kepada adik Chrisnanalina Jumis dari Paitan dan adik Nor Fasha Natashya dari Tawau.

“Begitu juga kenapa pula ada Wakil-Wakil Rakyat sehingga terpaksa menghulurkan wang untuk membayar yuran pendaftaran para pelajar kita ini,” tambah Dr Kanul yang juga Penyelaras Anak Negeri bagi Zon Utara.

“Kita sering mendengar kes pelajar kita dari kurang berkemampuan tidak dapat menyambung pengajian ke universiti kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar yuran pendaftaran universiti atau kolej, ” katanya.

“Kenapa Yayasan Sabah tidak cari inisiatif dalam hal ini.”

Menurut Dr Kanul, ramai staf dan pegawai serta pengurus pelbagai unit dan bahagian dalam Yayasan Sabah dengan gaji yang sangat besar.

“Untuk apalah memiliki pegawai sangat ramai tapi gagal membantu pelajar miskin menyambung pengajian, ” katanya.

Beliau berkata ada pula anak kemanakan orang politik diberikan biasiswa keluar negeri bahkan ada pinjaman ratusan ribu oleh mereka ini kemudian ditukar menjadi biasiswa hanya kerana ada kaitan keluarga di dalam.

Anak Negeri, jika diberi mandat memerintah, sudah tentu menjadikan Yayasan Sabah pemimpin utama GLC kerajaan dalam menubuhkan satu Tabung Khas ini.

Tabung khas supaya kesemua pelajar Sabah yang diterima masuk universiti tapi tidak mampu membayar yuran, dapat dibantu sekurang-kurangnya yuran pendaftaran masuk mereka.

“Kita tidak sanggup ada seorang pun pelajar Sabah dinafikan peluang menyambung pengajian universiti hanya kerana tiada wang membayar yuran pendaftara,” kata Dr Kanul.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img