Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Operasi khas bentras JRS dan PATI di perairan Kudat

DCP Datuk Victor Sanjos
Komander ESSCOM

KOTA KINABALU L : – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melancarkan Operasi GASAK Laut  (OGL) Khas Siri 1/ 2024 pada 16 Oktober 2024 di Kampung Sibogo Pondoh, Pulau Bankawan, Kudat.

Komander ESSCOM DCP Datuk Victor Sanjos berkata seramai Seramai 228 individu dan 200 buah rumah termasuk premis kedai telah diperiksa secara bersepadu oleh pihak berkuasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

OGL Khas ini dilaksanakan  bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), mengekang elemen jenayah rentas sempadan (JRS) melibatkan penyeludupan kontraban dan barang kawalan serta kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan masyarakat ESS Zone.

“Saya amat memandang serius akan aduan awam berhubung kesalahan-kesalahan di atas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya OGL Khas ini telah menyasarkan pemeriksaan secara besar-besaran untuk melumpuhkan mobiliti kegiatan JRS selain membasmi lokasi staging point elemen JRS.

Di samping itu, kehadiran pasukan keselamatan secara terkoordinasi juga akan mewujudkan elemen pencegahan, menjamin keselamatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti dalam kawasan perairan dan pesisir pantai Kudat, khasnya.

Justeru, ESSCOM ingin menzahirkan penghargaan kepada seramai 140 orang pegawai dan anggota Jabatan serta agensi penguatkuasaan dan keselamatan Persekutuan dan Negeri Sabah.

Juga Pihak Berkuasa Tempatan antaranya Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, Pasukan Polis Marin dan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Angkatan Tentera Malaysia khususnya Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pendaftaran Negara,

Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Angkatan Pertahanan Awam di Daerah Kudat serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah,  Taman-Taman Sabah, Pejabat Daerah Kecil Pulau Banggi dan Lembaga Bandaran Kudat atas kerjasama menjayakan Operasi tersebut.

Sanjos berkata ESSCOM komited dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya di ESS Zone bagi menyokong pembangunan negara dan pengukuhan sosioekonomi masyarakat berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia MADANI dicapai.

“ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian  011-63311072.


Popular Articles