Saturday, December 14, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

KPDN pantau bekalan dan harga telur di Sandakan

SANDAKAN : – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan menggiatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bekalan dan harga telur ayam di peringkat pemborong dan peruncit di daerah ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azdy Zukkry John, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan berkata, ini bagi menjamin agar bekalan telur ayam yang mencukupi serta harga runcit telur ayam khasnya gred A, B dan C yang dikawal harganya oleh Kerajaan dipatuhi oleh para peniaga.

Telur Ayam gred A, B dan C adalah dikawal harganya di peringkat Ladang, Borong dan Runcit berkuat kuasa pada 17 Jun 2024. Harga telur ayam di peringkat runcit bagi gred A adalah RM0.48 sen sebiji, gred B berharga RM0.47 sen sebiji dan gred C adalah RM0.46 sen sebiji di daerah Sandakan.

KPDN Sandakan telah mengambil tindakan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di beberapa pembekal utama telur ayam kawalan dan bukan kawalan termasuklah di pasar raya tumpuan utama pengguna khususnya di daerah Sandakan.

Hasil pemeriksaan mendapati pihak pembekal membuat penghantaran seperti biasa untuk telur ayam kawalan dan bukan kawalan pada setiap hari kecuali hari Ahad ke premis-premis perniagaan serta pasar raya- pasar raya tumpuan utama pengguna di sekitar daerah Sandakan.

Selain daripada pemeriksaan yang dijalankan di premis-premis pembekal serta peruncit, KPDN Sandakan juga mengambil inisiatif menubuhkan “group whatsapp” bersama-sama dengan peruncit daerah terpilih [Dedicated District Retailers (DDR)], pemborong daerah terpilih [Dedicated District Wholesalers (DDW)] dan pihak pembekal telur di daerah Sandakan bertujuan untuk memantau pergerakan bekalan telur ayam kawalan dan bukan kawalan di daerah ini.

Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan di salah sebuah premis pembekal telur ayam di daerah Sandakan pada hari ini, jumlah keseluruhan stok semasa telur ayam gred A, B dan C untuk edaran adalah sebanyak 94,950 biji manakala jumlah telur ayam bukan kawalan adalah sebanyak 126,990 biji.

KPDN Sandakan akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan pada setiap hari di setiap rantaian pengedaran iaitu di peringkat ladang, pemborong dan peruncit bagi memastikan tidak berlakunya gangguan bekalan terutamanya terhadap telur ayam yang dikawal (gred A, B dan C).

Sejak 1 Januari 2024 hingga kini, KPDN Cawangan Sandakan juga tidak ada menerima sebarang aduan rasmi berkenaan dengan bekalan dan harga telur ayam di daerah Sandakan. Walaubagaimana pun, seramai 18 orang Pegawai Penguatkuasa dan 7 orang Pegawai Pemantau Harga di KPDN Sandakan akan terus digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan harian bekalan telur ayam kawalan di kawasan bandar dan luar bandar di daerah Sandakan.

KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menganggu bekalan serta memanipulasi harga telur ayam yang dikawal ini.

Peniaga di daerah ini adalah dinasihatkan supaya mematuhi arahan peamtuhan harga runcit telur ayam gred A, B dan C memandangkan bahawa Kerajaan telah mewajibkan semua peniaga yang menjual barangan harga terkawal iaitu telur ayam gred A, B dan C supaya tidak menjualnya melebihi daripada harga maksimum yang telah ditetapkan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bertujuan membezakannya dengan barangan lain serta mempamerkan dengan jelas tanda harga ke atas semua barangan yang dijual.

Sekiranya sabit kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011, individu yang didapati menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan, ia boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut, boleh didenda sehingga RM500,000.00 atau dikompaun sehingga RM250,000.00.

Bagi individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, ia boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000.00 atau dikompaun sehingga RM5,000.00. Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut, boleh didenda sehingga RM20,000.00 atau dikompaun sehingga RM10,000.00.

(Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011)
Para pengguna khususnya di daerah Sandakan boleh menghubungi pejabat KPDN Cawangan Sandakan di talian 089-668107 (9.00pagi -5.00 petang, hari Isnin hingga Jumaat).

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan bekalan telur ayam gred A, B dan C di daerah ini, pengguna juga disarankan agar membuat aduan mengenai salah laku peniaga menerusi saluran aduan rasmi yang telah disediakan oleh KPDN.

KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan boleh disalurkan menerusi saluran-saluran rasmi aduan seperti berikut:
1) Whatsapp 019 279 4317 / 019 848 8000
2) Portal Aduan: http://eaduan.kpdn.gov.my
3) Call Centre 1 800 886 800
4) Emel: e aduan@kpdn.gov.my
5) Aplikasi Ez ADU KPDN
6) Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command
(Enforcement Command Centre): 03 –– 8882 6088 / 6245
7) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan.

Popular Articles