Friday, November 15, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Ahli Perniagaan George Guntarik dilantik Ketua Penyelaras KDM DUN Inanam

Dari kiri) – Naib Presiden KDM Dr Oswald Aisat, Naib Presiden KDM Gundohing Henry Saimpon, Datuk George Guntarik (tengah), Datuk Peter Anthony dan Setiausaha Agung KDM Willie Jude.

KOTA KINABALU: Ahli perniagaan Datuk George Guntarik dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kawasan DUN Inanam berkuatkuasa serta merta.

George, 58, menerima watikah pelantikan dan restu daripda presiden KDM Datuk Peter Anthony pada satu majlis ringkas di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden KDM Gundohing Henry Saimpon, Setiausaha Agung KDM Willie Jude dan Naib Presiden  KDM Dr Oswald Aisat.

Bercakap kepada pemberita kemudian, George menzahirkan ucapan terima kasih kepada presiden KDM dan pimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan bagi mengemudi parti tempatan itu di DUN Inanam.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk memantapkan kekuatan KDM di DUN Inanam, termasuk memperkemaskan lagi jentera pilihan raya KDM katanya.

Sebelum ini, presiden KDM berkata parti itu hampir pasti meletakkan  di kesemua kawasan majoriti pengundi KDM atau kawasan campuran.

Antara pemimpin KDM yang disebut-sebut bakal diketengahkan sebagai calon KDM untuk DUN Inanam ialah George dan Willie.

Popular Articles