Tuesday, July 15, 2025

21,504 penerima SBAM terima manfaat, bantu ringankan kos rawatan – James Ratib

KOTA KINABALU : – Seramai 21,504 penerima dari golongan B40 di negeri ini telah menerima manfaat menerusi Skim Bantuan Am (SBAM) yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, pemberian bantuan itu adalah untuk meringankan beban pesakit termasuklah kos membayar rawatan hemodialisis.

“Kementerian saya melalui JPKA Sabah ada menyediakan SBAM yang boleh dipohon oleh pesakit buah pinggang di bawah kategori B40 yang layak.

“Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban pesakit termasuklah kos membayar rawatan hemodialisis mereka. Sehingga November ini, JPKA merekodkan seramai 21,504 penerima SBAM dengan jumlah perbelanjaan sebanyak lebih RM 4.7 juta dan 732 orang penerima adalah penghidap sakit buah pinggang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dumi Pg. Masdal [Silam-Warisan] di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

James berkata, setakat bulan lalu, Sabah merekodkan 2,182 pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir (End-stage Renal Failure – ESRF).

Katanya, daripada jumlah itu, 1,385 pesakit menjalani rawatan Hemodialisis manakala 797 pesakit menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis – CAPD). – Sabah Media

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img