Saturday, June 28, 2025

Vivian Wong: Jalan Batu 16 ke Batu 32 Sandakan “sangat sesak teruk,”

Libaran Bypass projek sakit, jambatan runtuh sebelun dapat digunakan.

SANDAKAN  :  – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, mengecam kelemahan berterusan dalam menangani isu jalan raya di kawasan Sandakan-Ranau, khususnya di laluan Batu 16 ke Batu 32 Sandakan.
Beliau menegaskan bahawa jalan tersebut, yang telah dikategorikan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) pada tahap LSF F iaitu “sangat sesak teruk,” memerlukan penyelesaian segera tetapi terus diabaikan oleh kerajaan pusat.

“Sangat mengecewakan apabila mendapat jawapan pada 7 November semasa sidang Parlimen bahawa cadangan untuk membina Jalan Libaran Bypass Fasa 1-3, yang meliputi persimpangan Batu 32 ke persimpangan Gum-Gum, tidak dapat dipertimbangkan atas alasan keutamaan kerajaan dan kekangan kewangan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Apakah ini bermakna rakyat Sandakan terpaksa terus menderita kesesakan di jalan satu lorong ini tanpa sebarang penyelesaian dalam masa terdekat?” soal Vivian.

Beliau turut mempersoalkan kelewatan yang melampau dalam pelaksanaan Fasa 4 projek Libaran Bypass, yang bermula sejak 2013 tetapi masih belum siap walaupun hanya melibatkan fasa pertama.

Projek itu kini dikategorikan sebagai projek sakit, dengan jambatan di bawah fasa tersebut runtuh sebelum sempat digunakan, walaupun sudah tiga kali peruntukan tambahan disalurkan.
“Kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap
kontraktor-kontraktor yang gagal menyelesaikan projek ini? Saya menyeru agar SPRM segera menyiasat punca kelewatan dan kegagalan projek ini,” katanya.

Vivian juga menzahirkan kekesalan terhadap keengganan kerajaan untuk meluluskan peruntukan bagi Fasa 1 hingga Fasa 3 Libaran Bypass.

“Logiknya mudah—Fasa 4 tidak akan dapat digunakan tanpa menyiapkan Fasa 1 hingga Fasa 3.
Siapa dalam Kementerian Kerja Raya yang membuat keputusan tidak masuk akal ini? Apakah dasar keutamaan mereka sehingga projek kritikal seperti ini diketepikan?” katanya.

Hot this week

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...

KLIA scolding incident a ‘blessing in disguise’ for new Datuk

Datuk  James Lee KOTA KINABALU : - One of the...

Can Sabah Emulate Sarawak?

Datuk James Ligunjang...The answer is Yes, by understanding the...

Topics

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...

KLIA scolding incident a ‘blessing in disguise’ for new Datuk

Datuk  James Lee KOTA KINABALU : - One of the...

Can Sabah Emulate Sarawak?

Datuk James Ligunjang...The answer is Yes, by understanding the...

Bung Mokhtar dismisses PBS rejection claims as ‘political hallucination.

KOTA KINABALU  :  - Datuk Seri Panglima Bung Moktar...

ADUN Elopura beri maklumat kepada SPRM tentang isu salahguna kuasa rumah SMJ

SANDAKAN : - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55...

PBS will stick with GRS in the coming PRN17

Dr Joachim Gunsalam...majority of the party supreme council members...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img