Thursday, June 19, 2025

Parti tempatan yang bergerak solo tidak memberikan impak besar kepada GRS

Joniston…Menyokong GRS akan membawa kestabilan politik dan perjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

KIULU : – Parti tempatan yang bergerak secara sendirian tidak mampu memberikan impak besar kerana Sabah memerlukan kerjasama erat untuk menangani cabaran politik serta ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata pendekatan solo bukan sahaja tidak produktif, tetapi juga boleh melemahkan usaha untuk membawa Sabah ke arah pembangunan yang lebih mampan.

Katanya, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi wadah kepada lapan parti tempatan adalah pilihan terbaik kerana menawarkan platform yang stabil dan mantap untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Tambah beliau, GRS merupakan gabungan yang inklusif dan mampu menjadikannya rakan kongsi politik yang kuat, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di peringkat nasional.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian dan penyerahan Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Kampung Pukak di sini, hari ini.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan GRS dan Parti Bersatu Sabah (PBS), menegaskan bahawa kekuatan GRS terletak pada perpaduan kukuh di antara lapan parti tempatan yang bernaung di bawah gabungan itu.

“Kerjasama strategik ini memberi GRS kelebihan besar dalam memastikan kestabilan politik dan pembangunan berterusan di Sabah.

“GRS adalah contoh terbaik bagaimana perpaduan politik dapat membawa perubahan besar dan sudah tentu kita dapat melihat kemampuan GRS menjadi kuasa politik dominan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang,” tambah Joniston.

Beliau menggesa rakyat untuk terus menyokong GRS yang komited dalam membawa kestabilan politik dan memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

Terdahulu, Joniston merasmikan Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Kampung Pukak yang terletak berhampiran dengan kawasan rekreasi di tepi Sungai Kiulu.

Pusat ini menjadi platform penduduk kampung mempromosi budaya dan hasil kraftangan kepada pengunjung serta pelancong.

Inisiatif ini selari dengan matlamat pelancongan komuniti yang memfokuskan kepada pemerkasaan penduduk luar bandar serta usaha memelihara nilai tradisi komuniti setempat melalui aktiviti kebudayaan dan pembuatan kraftangan.

Hot this week

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img