Wednesday, December 4, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Aplikasi & Buku ReTrack untuk tangani isu sosial

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan gimik pelancaran
Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024–2035; Rangka Tindakan Transformasi Sulaman; Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan, dan Aplikasi dan Buku ReTrack di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini melancarkan Aplikasi dan Buku ReTrack, langkah untuk menangani isu-isu sosial yang sering dipandang ringan oleh masyarakat.

Katanya,  melalui aplikasi  ini,  bekas  penghuni  penjara tidak  lagi dibiarkan  berjuang sendirian.

“ReTrack berfungsi sebagai platform sokongan yang membantu mereka mendapatkan pekerjaan, membina jaringan sosial yang positif, dan memantau kemajuan reintegrasi mereka ke dalam masyarakat.

“Hal ini sangat penting dan strategik khususnya bagi sebuah negeri yang luas dari segi geografi  seperti  Sabah”,  katanya  Majlis  Pelancaran  Pelan  Strategik  Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035; Rangka Tindakan Transformasi Sulaman; Pelan Pemberdayaan  Komuniti  Nelayan  Kampung  Penimbawan  dan  Aplikasi  serta  Buku ReTrack di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Selasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama jemputan lain menunjukkan buku “Dari Penjara ke Masyarakat: Komitmen, Kolaborasi, dan Kesejahteraan”, Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024–2035, Rangka Tindakan Transformasi Sulaman dan Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan pada majlis pelancaran di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa.

Katanya, buku “Dari Penjara ke Masyarakat: Komitmen, Kolaborasi, dan Kesejahteraan” menjadi dokumentasi penting yang menghimpunkan pandangan pakar dari pelbagai sektor.

“Ini adalah bukti bahawa proses reintegrasi memerlukan usaha kolektif, yang melibatkan bukan sahaja individu tersebut tetapi juga keluarga mereka, masyarakat, dan institusi yang relevan.

“Melalui buku ini, kita harap dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap bekas penghuni penjara dan memberi peluang kedua kepada mereka untuk menyumbang secara bermakna kepada pembangunan Sabah”, katanya.

Hajiji  berkata,  Pelan  Strategik  Pembangunan  Ekonomi  Daerah  Tuaran  2024-2035 memfokuskan sektor pelancongan, pertanian dan perikanan di daerah itu.

“Daerah  Tuaran  memiliki  potensi  besar  dari  segi  keindahan  semula jadi,  budaya tempatan,  dan  hasil  pertanian  yang  pelbagai.  Pelan  ini  memastikan  semua  pihak berkepentingan iaitu daripada pengusaha kecil hingga pelabur besar, dapat bersama- sama memanfaatkan peluang yang ada.

“Pelan ini juga menekankan amalan lestari yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat. Di kawasan seperti Tuaran, kekayaan alam adalah aset utama.  Kita tidak  boleh  membiarkan  pembangunan  berlaku dengan  mengorbankan warisan ini,” katanya.

Hajiji berkata, keempat-empat inisiatitf itu akan membawa satu perubahan yang besar kepada   daerah   Tuaran,   khususnya   dalam   aspek   pembangunan   daerah   dan pembangunan ekonomi termasuk komuniti nelayan.

Beliau  mengambil  contoh,  Rangka  Tindakan  Transformasi  Sulaman  adalah  bukti bagaimana penglibatan komuniti menjadi teras kepada perancangan pembangunan.

Katanya,  projek  itu  dirangka  dengan  mengambil  kira  suara  rakyat.  Usaha  untuk membangunkan industri sulaman tempatan tidak hanya memberi pendapatan kepada pengusaha kecil, tetapi juga memperkukuhkan identiti budaya Sabah yang kaya dengan seni dan tradisi.

Menurutnya,  Pelan  Pemberdayaan  Komuniti  Nelayan  Kampung  Penimbawan  pula bukan saja menyediakan sokongan teknologi kepada mereka, juga membuka peluang untuk  diversifikasi  dan  pelbagaikan  pendapatan  melalui  sektor-sektor  lain  seperti pelancongan dan pemprosesan hasil laut.

“Inisiatif ini dirangka kerana kita tahu bahawa komuniti nelayan yang sering menjadi mangsa perubahan ekonomi global, seperti ketidakstabilan harga dan perubahan iklim.

“Inisiatif seperti Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran dan Rangka Tindakan  Transformasi  Sulaman  menyasarkan  keseimbangan  antara  pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, yang selaras dengan matlamat ini”, katanya.

Beliau menyeru dan mengingatkan semua pihak yang terlibat agar berganding bahu merealisasikan semua usaha dan strategi yang telah dirangka.

“Gunakan pengalaman, pengetahuan dan keupayaan dalam mencapai apa juga yang telahdirancang. Pelancaran hari ini hanyalah permulaan. Kita masih mempunyai banyak kerja   yang   perlu   dilakukan   untuk   memastikan   inisiatif-inisiatif   ini   mencapai matlamatnya”, katanya.

Popular Articles