Wednesday, June 25, 2025

Hukuman berat menanti pemburu haram di Sabah

Joniston melancarkan Bask Bear Coffee Cawangan Aeropod di sini.

Bask Bear Coffee yang dilancarkan Joniston.

KOTA KINABALU (Sabtu 12 Ogos): Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai memberi amaran tindakan berat akan dikenakan kepada pemburu haram yang mengancam kehidupan haiwan yang dilindungi.

Katanya, orang ramai dilarang sama sekali untuk menangkap mana-mana haiwan dalam kategori dilindungi sepenuhnya walau dalam apa jua tujuan termasuk untuk dipelihara.

“Masyarakat juga dilarang sama sekali untuk menangkap bagi tujuan memelihara. Kerajaan Negeri sekali lagi mengulangi pendirian bahawa tindakan berat akan dikenakan kepada pemburu haram dalam usaha memelihara haiwan dalam kategori dilindungi sepenuhnya.

“Oleh itu, kerajaan memuji usaha Bask Bear Coffee yang melancarkan kempen baharu untuk mengambil beruang madu kedua sebagai haiwan angkat,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bask Bear Coffee Cawangan Aeropod di sini, Jumaat.

Joniston berkata, kempen ini menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai dengan mengimbas kod DuitNow di cawangan Bask Bear Coffee yang terdapat di seluruh Sabah.

Inisiatif ini katanya, memberikan sumbangan secara terus kepada Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sandakan.

Beliau berkata, usaha melindungi haiwan dalam kategori dilindungi sepenuhnya mampu melonjakkan nama Sabah di peringkat antarabangsa, sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan meneruskan pelan tindakan seterusnya bagi melindungi haiwan-haiwan terancam di Sabah.

Joniston berkata, jumlah populasi beruang madu liar dianggarkan sebanyak 2,500 dan BSBCC melindungi 42 beruang madu di mana kebanyakan diselamatkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah daripada pemburu haram atau pemilik haiwan peliharaan yang tidak berdaftar.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo berkata, pihaknya kini mempunyai 96 premis di seluruh Malaysia.

“Kami juga mempunyai lapan premis di Malaysia Timur dan kita mempunyai sasaran tahunan untuk membuka 100 premis.

“Untuk tahun depan, kita yakin boleh capai sejumlah 200 premis di seluruh Malaysia,” katanya.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img