Tuesday, July 15, 2025

Krismas mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan rakyat Sabah – Dr Yusof

Dr Yusof bersama Matbali menyampaikan sumbangan kepada Gareja-Gareja Daerah Sipitang di Kampung Solob.

SIPITANG: Sambutan perayaan Krismas yang akan disambut nanti menjadi acara yang mengukuhkan lagi perpaduan dan kebersamaan yang sedia terjalin rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, perbezaan agama tidak membataskan rakyat negeri ini yang terdiri pelbagai kaum untuk sama-sama menyambut perayaan itu.

“Walaupun kita ada perbezaan agama tetapi kita hidup dalam satu masyarakat majmuk. Rakyat mampu hidup harmoni tanpa ada perselisihan faham disebabkan perbezaan agama.

“Setiap antara kita ada orang Islam ada juga saudaranya yang bukan Islam tetapi perbezaan agama itu tidak membatasnya untuk sama-sama meraikan perayaan,” katanya kepada media pada Majlis Penyampaian Sumbangan Natal kepada Gereja-Gereja Daerah Sipitang di Kampung Solob dekat sini, semalam.

Dr Yusof bersama-sama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah menyampaikan sumbangan kepada 45 gereja dengan keseluruhan sumbangan berjumlah RM31,000 dengan Gereja Kategori A menerima RM1,000 dan  Gereja Kategori B menerima RM600.

Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berharap sumbangan tersebut dapat membantu gereja-gereja dalam melaksanakan acara sempena sambutan Hari Krismas.

Menurutnya, sebagai pemimpin, beliau dan Datuk Matbali akan meluangkan masa memenuhi jemputan sambutan Hari Krismas termasuk jemputan daripada pihak gereja.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img