Wednesday, December 11, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

BBC Sabah pegimbang Kerajaan Negeri laksana program dibawah Bajet 2025

Dr Yusof (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat BBC Sabah.

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah akan terus menjadi pengimbang kepada kerajaan untuk menyantuni rakyat dan melaksanakan program-program yang digariskan dibawah Bajet 2025.

Pengerusinya Datuk Dr Yusof Yacob berkata, banyak program itu adalah untuk rakyat misalnya sumbangan untuk rakyat B40 sejumlah RM300 sebulan dan Rumah Mesra SMJ sebanyak 40 buah setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), kemudian penjaja di tepi jalan mendapat RM5,000 dan juga projek-projek kecil dibawah kerajaan yang perlu diselesaikan.

“Kami berbincang bagaimana caranya memberi khidmat terbaik untuk rakyat yang efisien dan rakyat itu disantuni dan dijaga dengan baik supaya mereka merasa dan mendapat nikmat daripada apa yang diumumkan oleh kerajaan.

“Jadi tugas kami sebagai BBC dan juga pengimbang kepada Kerajaan dengan memberi maklum balas dibawah bagaimana Kerajaan mengambil tindakan supaya khidmat dan rancangan dibawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya kepada media selepas Mempengerusikan Mesyuarat BBC Sabah di sini, semalam.

Pada masa sama, Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin mahu Pegawai Kerajaan khususnya di Kementerian dan Pejabat Daerah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan cepat sampai kepada kumpulan sasar yang digariskan.

“Ini adalah ikrar kami kepada rakyat dibawah, sebagai wakil rakyat bersama Pegawai Kerajaan yang saya katakan tadi apa yang dirancang itu dapat menyelesaikan masalah rakyat di kampung,” katanya.

Menurutnya, di Sabah ini, ADUN berhadapan dengan berbagai masalah mengikut kawasan masing-masing

Beliau berkata, suara-suara rakyat dibawah harus didengar dan cuba santuni dan penuhi dengan khidmat daripada wakil rakyat dan Kerajaan.

“Kami telah bersetuju bersama dibawah BBC ini kita solidariti sesama kami untuk terus teguh bersama Kerajaan dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk khidmat menyantuni rakyat.

“Kita berharap dengan kerjasama sesama wakil rakyat, pentadbiran daerah dan juga kementerian serta agensi berkaitan dapat melaksanakan (program dibawah Bajet 2025) secepat mungkin bermula dari awal Januari tahun depan.

“Kita tidak mahu lagi ditangguh-tangguh kerana rakyat sudah lama menunggu dibawah. Kita berharap semua faham dan bersungguh menabur bakti kepada rakyat yang perlukan bantuan dan masalah mereka diselesaikan,” kata Dr Yusof.

BBC Sabah komited jadi pegimbang kepada Kerajaan Negeri laksana program dibawah Bajet 2025

Popular Articles