Monday, June 30, 2025

SAPP tarikdiri dari Perikatan Nasional

Datuk Seri Yong Teck Lee...SAPP tidak bersetuju dengan keputusan PN untuk bertanding pada PRN17.

KOTA KINABALU : – Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan keluar dari Perikatan Nasional (PN), kata presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Keputusan itu, kata beliau, dibuat pada 23 November lalu dalam mesyuarat tertinggi SAPP dan ia telah dimaklumkan kepada ibu pejabat PN bulan lepas.

Jelasnya, tindakan terbabit diambil susulan keputusan PN yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sedangkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya akan ditandingi oleh parti-parti tempatan.

“Pendirian SAPP ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah. 

“Kami tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan PRN harus kekal di bawah bidang kuasa parti-parti tempatan dan bebas daripada campur tangan parti-parti berpusat di Semenanjung,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

SAPP menyertai PN pada Ogos 2020 selepas beberapa bulan PN ditubuhkan.

Dengan penarikan itu, kini hanya empat parti politik bernaung bawah PN iaitu PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Berikutan keputusan itu, SAPP kini hanya menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Teck Lee berkata,  dengan kurang daripada 10 bulan sebelum PRN yang akan datang, SAPP juga menggesa Majlis Tertinggi GRS untuk segera menyelesaikan sebarang ketidakpastian mengenai penjajaran GRS dan Pakatan Harapan.

Menurutnya, perkara itu harus diperjelaskan sebelum tahun baharu untuk membolehkan rakyat Sabah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat mengenai masa depan politik mereka. 

Hot this week

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Topics

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img