Friday, December 20, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Sediakan Lebih Pekerjaan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) – Jannie Lasimbang

PENAMPANG : – Sempena Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL), Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan mengesyorkan agar Kerajaan Sabah menyediakan pekerjaan kepada bekas banduan.

Penyediaan pekerjaan melalui Program tersebut akan memberi peluang kepada Orang Banduan Berlesen (OBB) untuk menunjukan kesungguhan mereka kepada majikan, yang seterusnya boleh mengambil mereka sebagai pekerja tetap syarikat atau agensi.

“Biasanya sukar OBB mendapat pekerjaan disebabkan dasar yang menyekat mengambil pekerja yang mempunyai rekod jenayah.”

“Program PBSL Ihsan Madani “Kepulangan Yang Dinanti” hari ini oleh Jabatan Penjara Malaysia melibatkan 104 OBB di seluruh Sabah termasuk 36 OBB dari Penjara Kota Kinabalu.

“Saya percaya Program ini mencerminkan komitmen kita untuk mendukung nilai ihsan dan kemanusiaan, selaras dengan prinsip Madani dalam memacu masyarakat yang harmoni.

Program ini juga memberikan peluang dan ruang kepada banduan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan, mencari peluang pekerjaan dan perancangan masa hadapan yang lebih baik.

Program PBSL telah dimulakan pada tahun 2020 oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi memperkasakan lagi pemulihan dalam komuniti.

Berdasarkan statistik, seramai 2113 OBB pada tahun 2024 dan kumulatif OBB dari 2020 – 2024 berjumlah 4605.

“Saya berharap kebebasan sempena sambutan Krismas ini menjadi permulaan baru untuk membina masa depan yang lebih cerah, serta peluang memanfaatkan sokongan yang diberi oleh keluarga, komuniti dan agensi yang sedia membantu untuk bangkit semula.

Jannie telah menyerahkan lesen dan sedikit bantuan kewangan kepada setiap OBB semasa Program tersebut.

Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara Hajah Nora binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, Penolong Kanan Komisioner Penjara Ab Nasif Bin Sarahan, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, Penolong Komisioner Penjara Noor Sazlawati Binti Zakaria, Pengarah Wanita Kota Kinabalu.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia serta ibubapa OBB.

Popular Articles