Saturday, June 21, 2025

Suhaimi menyokong penangguhan perlaksanaan kadar penilaian baharu cukai pintu

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir menyokong penangguhan perlaksanaan kadar penilaian baharu cukai pintu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi tahun 2025.

“Saya amat menyokong usaha Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah yang menangguhkan perlaksanaan kadar penilaian baharu cukai pintu di Sandakan bagi tahun 2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata penangguhan perlaksanaan kadar penilaian baharu cukai pintu adalah satu tindakan yang tepat dari KKPT sebagai usaha mengurangkan beban pembayar cukai pada tahun depan.

“Bukan semua pembayar cukai pintu ini adalah golongan berkemampuan kerana ada diantara mereka bekerja keras untuk membuat pembayaran setiap tahun,” katanya.

Dalam masa sama, Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah meminta PBT atau MPS meningkatkan dahulu perkhidmatan mereka sebelum memutuskan menaikkan kadar bayaran cukai pintu.

“Perkhidmatan MPS kepada pembayar cukai pintu dilihat masih rendah khususnya berkaitan menyelenggar dan membersihkan parit di taman-taman perumahan dan bangunan kedai.

“Selain itu, rumput juga lambat dipotong, jalan raya taman perumahan berlubang serta rosak, kutipan sampah yang lambat dan lampu-lampu jalan terutamanya taman perumahan yang tidak menyala.

Beliau juga ADUN Dilantik sering mengutarakan isu ini kepada kerajaan pada Mesyuarat Dewan Undangan negeri Sabah, tetapi masih tidak dapat ditangani dengan baik serta pelbagai laporan diterima dari penduduk taman perumahan dan rumah kedai berhubungan perkhidmatan PBT yang tidak melaksanakan perkhidmatan dengan baik.

Suhaimi meminta KKPT agar mengambil perhatian yang serius berhubung perkara ini dalam usaha memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk lebih terjamin.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img