Sandakan lancar Pelan Strategik 2024-2028: Ke arah Bandaraya Pintar dan Lestari

Dr. Joachim (tengah) menerima Buku Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) 2024-2028 daripada Henry sambil disaksikan oleh Dr. Jamili (kanan).

Dr. Joachim (tengah), Henry (lima dari kiri), Dr. Jamili (empat dari kanan) bergambar kenangan dengan Ahli Majlis Perbandaran Sandakan tahun 2023-2025.

SANDAKAN : –  Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam melancarkan Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) 2024-2028 dalam satu majlis yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan malam ini.

Dr. Joachim berkata, pelan strategik ini adalah teras kepada usaha menjadikan Sandakan bandaraya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu. Beliau mengucapkan tahniah kepada MPS atas inisiatif merangka pelan yang menyeluruh dan bersifat komprehensif untuk mencapai visi “Sandakan Ke Arah Bandaraya Pintar dan Lestari 2030.”

“Pelan ini bukan sekadar dokumen, tetapi merupakan visi, aspirasi, dan komitmen kolektif untuk membawa Sandakan ke tahap yang lebih tinggi. Ia turut menyokong aspirasi Kerajaan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs),” katanya.

Beliau turut menekankan enam kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh MPS untuk mencapai status bandaraya, termasuk kecekapan tadbir urus, jumlah penduduk yang mencukupi, kestabilan kewangan, pembangunan infrastruktur berkualiti, kelestarian alam sekitar dan penglibatan aktif komuniti.

Menurut beliau, walaupun MPS telah memenuhi beberapa kriteria, masih terdapat cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan peralihan ke status bandaraya berjalan lancar. Antaranya adalah memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan pembangunan infrastruktur moden seperti pengangkutan awam dan perumahan mampu milik.

Dr. Joachim turut menggalakkan pelaksanaan sesi libat urus bersama masyarakat untuk menambah baik pelan strategik ini. Beliau percaya pendekatan ini akan memastikan semua pihak berkepentingan dapat menyumbang idea dan maklum balas bagi pembangunan daerah Sandakan.

Dalam majlis yang sama, penghormatan diberikan kepada Henry Idol, Presiden MPS yang bakal berpindah, Wilson @ Terence Thomas, Timbalan Presiden I yang bakal bersara, serta seluruh Ahli Majlis yang akan tamat tempoh pelantikan. Dr. Joachim menyampaikan penghargaan atas sumbangan mereka dalam pembangunan daerah Sandakan.

Dr. Joachim turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyokong pelaksanaan pelan strategik ini. Beliau yakin bahawa Sandakan akan menjadi bandaraya yang bukan sahaja pintar dan lestari, tetapi juga menjadi model pembangunan mampan di Sabah.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Annabell Perian; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr. Jamili Nais; Setiausaha Politik KKTP, Datuk Dr. Jonnybone Kurum, Adun Dilantik, Datuk Jaffari Walliam; Pengarah UPPM Negeri Sabah yang juga ahli Majlis Perbandaran Sandakan tahun 2023-2025, Datuk Haji Awang Kadin Tang; dan Timbalan Ketua Polis Sandakan mewakili Ketua Polis Sandakan, Supt. Ramasamy A/L Kuppan.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img