Monday, July 14, 2025

ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan meninggal dunia

KOTA KINABALU : – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain,66, meninggal dunia jam 11.20 malam di Hospital Pakar KPJ di sini pada Ahad.

Berita itu dikongsikan ahli keluarga dan rakan terdekat Allahyarham selepas pemergiannya tular di media sosial tengah malam tadi.

Jenazah Allahyarham malam tadi dibawa ke Masjid Negeri di Sembulan, di sini, untuk pengurusan jenazah, sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Khong Lok, Sandakan.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Pengiran Galpam, Batu 7 Sandakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila, Sandakan, sebelum Zohor nanti.

Semalam, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dilaporkan sempat melawatnya ketika masih menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ.

Arwah dilaporkan ditahan di hospital berkenaan pada Rabu selepas terkena serangan jantung tetapi dilaporkan stabil sebelum dikhabarkan meninggal dunia malam tadi.

Mohd Hamsan yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16), September 2020 dengan majoriti 1,538 undi.

Beliau menggantikan Tun Musa yang menyandang kerusi berkenaan selama beberapa penggal

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img