Friday, June 6, 2025

Sabah tingkatkan hubungan dan kerjasama dengan China – Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tusin ketika hadir sempena Resepsi Tahun Baharu Cina (Spring Festival Reception) Konsulat Republik Rakyat China di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Khamis.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus meningkatkan lagi kerjasama dengan China dalam  pelbagai  bidang  untuk  manfaat  bersama  khususnya   rakyat daripada kedua-dua negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata hubungan antara kedua-dua negara khususnya dengan Sabah adalah baik dan banyak manfaat telah diperoleh bersama.

“ Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat bekerjasama rapat dengan Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu untuk membawa hubungan Sabah-China ke satu tahap lagi, yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“ Kita juga  berkongsi  kegembiraan  dan  harapan  sempena  Tahun  Baharu  Cina  ini, dengan iltizam untuk terus meningkatkan hubungan baik antara Sabah dan China.

“China sentiasa menjadi jiran dan rakan yang terbaik. Hubungan antara kedua-dua negara adalah baik dan kita saling mendapat manfaat antara satu sama lain.”

“Marilah kita  meneruskan sinergi ini dan memanfaatkan kerjasama ini dalam pelbagai bidang,” katanya  sempena  Resepsi  Tahun  Baharu  Cina  (Festival  Musim  Bunga)  Konsulat Republik Rakyat China di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Khamis.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus memberitumpuan kepada pemulihan ekonomi dan memajukan agenda pembangunan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“ Di Malaysia dan di Sabah khususnya, kita berasa bangga kerana perayaan Tahun Baharu Cina bukan saja disambut oleh masyarakat Cina, tetapi juga rakyat pelbagai kaum dan budaya di negeri ini turut sama-sama meraikannya,” katanya.

Hot this week

Rangka Pelan Pemulihan Sandakan

Lau Chi Keong...Cadang Penubuhan UTC untuk Kekang Hegiran Bakat...

Sabah assemblyman’s alleged corruption in viral video clip, soon charges against several individuals likely

Anti-graft body submits case file to prosecutors following digital...

PERKESO Sandakan ziarah keluarga pemandu grab meninggal dunia

SANDAKAN : – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sandakan telah...

Khairy Jamaluddin as Prime Minister

By C C PungJustice of Peace I support the idea...

Tagal generating economic benefits for rural communities

Joniston (4th left) and Dr Shuhadah (3rd left) with...

Topics

Rangka Pelan Pemulihan Sandakan

Lau Chi Keong...Cadang Penubuhan UTC untuk Kekang Hegiran Bakat...

PERKESO Sandakan ziarah keluarga pemandu grab meninggal dunia

SANDAKAN : – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sandakan telah...

Khairy Jamaluddin as Prime Minister

By C C PungJustice of Peace I support the idea...

Tagal generating economic benefits for rural communities

Joniston (4th left) and Dr Shuhadah (3rd left) with...

PBS consistently champions state autonomy, fair treatment within the Federation

Joniston...Sabah should be governed by its own, with leadership...

Jannie Lasimbang : Real empowerment begins with real protection

KOTA KINABALU : - Sabah lawmaker Jannie Lasimbang is...

GRS to Bung Moktar: Don’t play victim, we don’t need you

KOTA KINABALU : - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Information...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img