Friday, July 11, 2025

Dua beranak cedera ditikam kes samun di Tongod, polis buru 2 suspek

Suspek sudah dikenal pasti – Saril (kiri) dan Anuar (kanan).


BELURAN : – Seorang bapa dan anaknya cedera parah selepas ditikam dalam satu kejadian samun berkumpulan di sebuah kebun persendirian di Kampung Napagang, Entilibon, Tongod, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.00 petang daripada seorang wanita tempatan yang dimaklumkan oleh pekerja jirannya bahawa suami dan anaknya mengalami kecederaan akibat ditikam dengan senjata tajam, dipercayai besi pengangkat buah sawit.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa iaitu lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, badan, belakang badan, lengan serta paha akibat tikaman senjata tajam.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasan, suspek dalam kes ini telah dikenal pasti sebagai dua pekerja mangsa sendiri, iaitu Anuar, 40-an, dan Saril, 20-an, kedua-duanya warganegara Indonesia.

Polis sedang giat memburu dua suspek disyaki terlibat kes mencederakan dua beranak di Tongod.

“Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan membawa lari sebuah kenderaan Toyota Hilux Single Cab putih bernombor pendaftaran SAB 7801 P milik mangsa.

“Suspek juga melarikan beberapa barang peribadi termasuk dokumen penting, telefon bimbit dan dompet mangsa,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda dan sebatan.

Hasan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau keberadaan suspek diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Saksi kejadian juga digesa tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sandra (011-2806 6182), Asisten Superintendan Henry Ak Laiyau (010-941 6656), Balai Polis Beluran (089-511 222) atau Balai Polis Tongod (087-748 223),” katanya

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img