Sunday, February 23, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Walter Joseph Kinson dilantik Presiden Majlis Perbandaran Sandakan

Dr. Joachim (tiga dari kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada Walter sambil disaksikan oleh Dr. Jamili ( dua dari kanan), Stanley (kiri) dan Faridah (kanan).

KOTA KINABALU : -Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah menyampaikan watikah pelantikan kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu, Walter Joseph Kinson, dalam satu majlis di Bangunan Wisma Innoprise, di sini, kelmarin.

Walter, 57, mempunyai pengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam selama 36 tahun di pelbagai kementerian. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Pengarah Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, serta Pegawai Daerah Keningau.

Beliau memulakan tugas bulan ini, menggantikan Presiden terdahulu, Henry Idol.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyerahan watikah pelantikan bagi meneruskan tempoh perkhidmatan kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang, serta Timbalan Presiden MPS, Wilson Thomas.

Dr. Joachim berharap agar semua penerima watikah pelantikan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat di MPS dan MPT.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais, Timbalan Setiausaha Tetap I dan II, Stanley Chong dan Faridah Giau.

Popular Articles