Friday, July 11, 2025

Kenaikan bayaran ‘Use of Premises’ bagi PBT ditangguh

Dr Joachim menandatangani plak Bangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) selepas menghadiri mesyuarat Lawatan Kembara PBT Majlis Daerah Beaufort.

BEAUFORT : – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah melakukan penggubalan serta pengemaskinian terhadap semua ordinan berkaitan, termasuk peraturan penggunaan premis (Use of premises by-law).

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri KKTP, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu terpaksa ditangguhkan.

Beliau menjelaskan, kadar pembayaran sebelumnya terlalu rendah, manakala kenaikan selepas penilaian semula didapati agak mendadak.

“Oleh itu, saya terpaksa meminta mereka untuk memperlahankan proses pelaksanaan. Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh terlebih dahulu.” katanya semasa Lawatan Kembara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sipitang, Beaufort, dan Kuala Penyu.

Menurutnya, pengurusan kewangan merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh kebanyakan PBT.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan perjawatan baharu di setiap PBT.

“Pihak Kementerian akan membantu sedaya upaya. Sekiranya PBT mempunyai kewangan yang kukuh, mereka dapat meningkatkan pengambilan kakitangan,” tambahnya.

Lawatan Kembara ini bertujuan mengenali lebih dekat setiap PBT di Sabah, selain meneliti kekangan, isu serta cabaran yang mereka hadapi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya bersyukur kerana melalui lawatan ini, beberapa isu dapat dikenal pasti dan penyelesaian dapat dicari bagi PBT yang dikunjungi. Lawatan ini akan diteruskan sehingga semua PBT selesai dilawati.

“Selain itu, lawatan ini juga membantu Kementerian dalam perancangan tahun hadapan mengenai pelaksanaan di peringkat Kementerian,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Hadir sama dalam sesi Lawatan Kembara ini ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob; ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; ADUN Klias, Datuk Isnin Haji Aliasnih; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Tpr. Stanley Chong.

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img