Friday, February 21, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Maritim Zon Tawau usir 3 bot selepas dikesan menceroboh perairan negara

TAWAU : – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau mengusir tiga buah bot bersama sembilan pemancing warga Indonesia selepas dikesan menceroboh perairan negara dalam satu operasi khas, Op PLUTO TIMUR, disini Ahad lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan ketiga-tiga bot tersebut di kedudukan antara 2 5 hingga 5.6 batu nautika utara Burst Point, sekitar pukul 1 petang hari berkenaan, selepas mendapati kesemua suspek telah memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran serta tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

Hasil pemeriksaan mendapati sembilan individu yang kesemuanya lelaki berusia antara 28 hingga 52 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah
selain itu, turut ditahan tiga buah bot nelayan bersama tiga unit enjin sangkut 15hp serta hasil tangkapan laut yang dianggarkan bernilai RM20 rib u,katanya lagi.

Susulan penahanan tersebut, semua individu terbabit diserahkan kepada Konsulat Republik Indonesia bagi proses pengusiran berdasarkan Memorandum Persefa haman (MoU) antara Kerajaan Republik Indonesia dan Kerajaan Malaysia.

MoU ini berkaitan garis panduan perla kuan terhadap nelayan oleh agensi penguatkuasaan maritim kedua-dua negara yang ditandatangani pada 27 Januari 2012.

Selepas proses dokumentasi selesai, ketiga-tiga bot berkenaan telah diiring ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia untuk di hantar pulang ke negara asal.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa pihak nya akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pencerobohan dan aktiviti haram di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah maritim atau kecemasan di sekitar perairan Tawau boleh menghub ungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau ditalian 089-752116 atau talian kecemasan 999.

Popular Articles