Gempa bumi lemah telah berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10:39 pagi, 10 Februari 2025.
Koordinat : 6.3° Utara dan 116.8° Timur. Magnitud : 3.8
Jarak : 27km Selatan dari Kota Marudu,Sabah. Kedalaman : 10 km
KOTA MARUDU : – Penduduk Kota Marudu dikejutkan dengan satu gempa bumi misteri yang melanda daerah ini pada awal Isnin.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 10:39 pagi itu menyebabkan gegaran kuat yang dirasai di beberapa kampung seperti Tandek, Marak-Parak, dan Pekan Kota Marudu.
Menurut saksi, bukan sahaja tanah bergegar, tetapi suara menggeram yang dalam dan garau kedengaran dari kawasan perkambungan Surun-surun, salah satu lokasi di pedalaman di Kota Marudu.
Seorang penduduk dari Kampung Surun-Surun, En Malapos, 47, mendakwa dia melihat sesuatu yang mustahil.
“Saya keluar rumah sebab gegaran makin kuat. Masa tu saya nampak sesuatu naik dari dalam tanah di arah bukit sana. Mata dia bercahaya emas, besar sangat! Saya rasa itu bukan gempa biasa… itu sesuatu yang dah lama tidur dan sekarang dah bangkit!”
Beberapa penduduk lain di Kampung Malangkap dan Kampung Tagibang turut melaporkan kilat emas berkilau di langit lalu ghaib sebaik sahaja gempa berlaku.
Tidak lama selepas itu, gempa susulan yang lebih kecil berlaku, disertai dengan bunyi ngauman yang menggegarkan seluruh kawasan.
MITOS MENJADI REALITI?
Bagi masyarakat tempatan, kisah ini bukan sesuatu yang baru. Menurut Tok Banang, seorang tua yang juga dikenali sebagai penjaga sejarah lisan Kota Marudu, gempa bumi ini mungkin menandakan kebangkitan Naga Emas Raksasa, makhluk purba yang dipercayai dihukum dan dikunci di bawah tanah beribu tahun dahulu.
“Dulu datuk nenek kita cerita, ada satu naga emas besar yang dijinakkan oleh Panglima Lumindai.
Tapi naga itu terlalu berkuasa, jadi ia dikunci dalam perut bumi di bawah Batu Gantung. Kalau dia bangkit… itu tanda ada sesuatu yang tidak kena dengan keseimbangan dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian ini.
Namun, beberapa kumpulan paranormal dan pengkaji mitos sudah mula tiba di Kota Marudu untuk menyiasat lebih lanjut.
Adakah gempa bumi ini benar-benar hanya satu fenomena alam, atau mungkinkah sesuatu yang lebih dahsyat sedang berlaku di bawah tanah Kota Marudu?
Adakah ia ada kaitan dengan lagenda naga yang bersembunyi dalam Gunung Kinabalu yang mana lokasi gempa di Kota Marudu juga termasuk dalam Kinabalu Park.
Penduduk kini diminta untuk berjaga-jaga dan menghindari kawasan berbukit sehingga keadaan kembali stabil.
Namun, persoalan yang lebih besar masih menghantui semua—jika benar Naga Emas sudah bangkit, apakah yang akan terjadi kepada Kota Marudu?
Laporan oleh:
Teori Konspirasi: Peminat Mitos dan Lagenda