Saturday, April 19, 2025

Vivian mahu MPS segera tangani masalah kecurian bekalan elektrik 

Vivian mengadakan pertemuan dengan Presiden MPS.

SANDAKAN (Selasa 15 Ogos): Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) diminta segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik yang menyusahkan penduduk di Fasa 3 dan Fasa 4 di Taman Indah di sini, sejak beberapa bulan yang lalu.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mahu MPS segera mengadakan mesyuarat dengan menjemput semua jabatan berkaitan bagi membincangkan penyelesaian masalah yang dihadapi penduduk di taman perumahan itu.

“Saya difahamkan kerosakan peralatan yang kerap di kawasan Taman Indah disebabkan kecurian elektrik di belakang bukit kawasan berdekatan,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden MPS, Henry Idol pada Selasa.

Beliau berharap MPS menjemput Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, syarikat pembekal elektrik, Jabatan Tanah Ukur Sabah, Jabatan Imigresen, PDRM dan pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk berbincang.

“Saya harap tindakan tegas terhadap kegiatan haram mencuri tenaga hingga menyusah dan merugikan penduduk dan pengguna sekitar tempat terbabit diambil,” katanya menambah penghuni di Fasa 3 dan Fasa Taman Indah kerap mengalami gangguan elektrik.

Difahamkan, gangguan bekalan tenaga elektrik itu berlaku beberapa kali dalam sehari hingga merosakkan peralatan elektrik dalam rumah hingga merugikan penduduk.

Sementara itu,  maklum balas daripada syarikat pembekal elektrik di kawasan Sandakan memberitahu penyebab tenaga elektrik terputus yang kerap berlaku di kawasan tersebut disebabkan oleh kecurian elektrik.

Rumah-rumah yang banyak di kawasan belakang bukit Taman Indah juga disyaki menjadi punca kepada kejadian ini.

“Oleh itu, kita perlu ada penyelesaian yang sewajarnya.  Hanya melalui kerjasama pelbagai jabatan, kita boleh mengenal pasti sasaran utama dan mengambil tindakan bagi menangani isu ini dengan segera,” tambahnya.

Mereka yang terkesan dengan masalah ini diminta menghubungi pihaknya melalui aplikasi WhatsApp di nombor: 0108073313.

Hot this week

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Topics

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img