Sunday, June 1, 2025

Masyarakat Sipitang perlu bersedia, rebut peluang dari impak pembangunan di SOGIP

Dr Yusof Yakob… lebih 3,000 orang tenaga pekerja diperlukan sewaktu pembinaan projek ini

SIPITANG : Penglibatan masyarakat di semua peringkat di daerah ini perlu untuk memenuhi keperluan pembangunan yang berlaku di Tapak Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob berkata, persediaan semua pihak penting untuk menghadapi impak pembangunan di SOGIP.

Katanya, selepas Kilang Sabah Ammonia Urea (SAMUR) dan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung atau projek ZLNG sudah beroperasi SOGIP, ada beberapa lagi projek pembangunan akan bermula dengan pelaburan berbilion ringgit.

Menurutnya, projek yang akan memulakan operasi di SOGIP adalah Projek Hab Minyak dan Gas serta Tenaga bernilai RM8.88 bilion kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC), yang menguruskan SOGIP dan Gibson Shipbrokers Limited.

Katanya, projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum oleh Petroventure Energy Sdn Bhd  melibatkan  keluasan tanah 400 ekar di SOGIP, mampu membawa pelaburan asing langsung (FDl) bernilai lebih RM15.5 bilion.

“Dijangkakan lebih 3,000 orang tenaga pekerja diperlukan sewaktu pembinaan projek ini
dan lebih 1,000 orang tenaga pekerja tetap diperlukan sewaktu loji ini beroperasi
sepenuhnya,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah peringkat Parlimen Sipitang dan Dewan Undangan Negeri Sindumin, semalam.

Menurutnya, projek yang akan beroperasi di SOGIP adalah projek green steel yang dikendalikan Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (ESTELL Sabah) dengan pelaburan terbesar hampir RM20 bilion.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Sindumin berkata, semua ini memerlukan daerah Sipitang ada prasarana baharu seperti pekan, sekolah dan hospital bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang akan menetap bersama keluarga.

“Perlu juga tambahan perkhidmatan antaranya kedai-kedai, perumahan, penginapan..,” katanya.

Justeru itu, beliau mahu masyarakat Sipitang khususnya anak-anak muda dan usahawan merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang wujud di SOGIP.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img