Sunday, June 22, 2025

Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan kini mempunyai 451 prasiswazah

KOTA KINABALU : – Jumlah pelajar baharu prasiswazah yang telah mendaftar di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, Sandakan pada sesi 2024/2025 adalah seramai 146.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.berkata Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar prasiswazah pada ketika ini adalah seramai 451 orang.

Menteri itu memberitahu ini dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, meminta di Dewan Rakyat pada Rabu.

Vivian bertanya berapa jumlah pelajar yang mendaftar di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan bagi kemasukan sesi 2024/2025.

Beliau juga bertanya sama ada kementerian itu bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak kursus atau fakulti tambahan di kampus UMS Sandakan bagi memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang sedia ada.

Vivian mengemukakan perkara itu pada sesi pertanyaan Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas, Tahun 2025

Zambry seterusnya menjelaskan buat masa ini, terdapat tiga program pengajian ljazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, Sandakan iaitu ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Hortikultur Dan Landskap).

Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Tanaman), dan ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Ternakan).

Katanya, pihak fakulti juga sedang dalam peringkat pembangunan dua program baharu iaitu Program ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pertanian Dengan Kepujian (Perladangan Kepersisan Pintar) dan Program ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pertanian Dengan Kepujian(Program Agropelancongan Lestari).

Jelasnya, penambahan program ini akan dapat meningkatkan lagi kemasukan pelajar ke UMS Sandakan dalam bidang pertanian

Di samping itu, pihak UMS juga telah meneliti keperluan fasiliti seperti kemudahan bilik kuliah dan ruang pejabat tambahan yang diperlukan untuk menampung keperluan seiring dengan kemasukan pelajar baharu dan penambahan program baharu.

Hot this week

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Topics

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img