Wednesday, April 16, 2025

Tun Aman Aman ucap selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam

KOTA KINABALU : – Umat Islam mula berpuasa pada hari Ahad, seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi siaran RTM malam tadi.

Menurut Tun Musa, ibadah puasa merupakan rukun Islam yang ketiga dan memberikan pengajaran yang sangat mendalam kepada umat Islam. Beliau menegaskan bahawa salah satu hikmah besar dalam pelaksanaan ibadah puasa adalah menginsafi kesusahan yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, Tun Musa menyeru seluruh umat Islam agar menghayati sepenuhnya ajaran Islam yang menitikberatkan nilai keprihatinan serta amalan membantu mereka yang memerlukan.

“Ibadah puasa pada bulan Ramadan ini menjadi platform bagi umat Islam untuk merenungi nasib dan kebajikan golongan miskin,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Perhubungan Istana Negeri.

Sementara itu, satu majlis kesyukuran dan doa selamat telah diadakan di Istana Negeri malam tadi sempena melihat anak bulan Ramadan. Tun Musa turut hadir menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, selain membaca Surah Yasin serta bertahlil bersama lebih kurang 120 orang tetamu. Majlis tersebut dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Haji Suaidi Kuanting.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmy Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; serta para Pembantu Menteri.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sohibus Samahah Datuk Bongsu Aziz Jaafar, membacakan keputusan tinjauan ahli jawatankuasa melihat anak bulan yang diadakan di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, kepada Tun Musa.

Hot this week

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Topics

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img