Wednesday, June 18, 2025

1 maut, 2 cedera selepas kenderaan masuk gaung

Kereta yang terbabas dan masuk gaung sudah ditarik keluar petang Khamis.

Penyelamat bomba dari Lintas cuba mengeluarkan mangsa.
Keadaan kenderaan Land Cruiser yang masuk gaung

KOTA KINABALU: Seorang maut manakala dua cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan masuk dalam gaung di Jalan Kampung Kiapad Kionsom Inanam di sini, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada jam 2.35 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia iaitu penumpang hadapan kenderaan Land Cruiser, Omar Mahilin, 39 manakala pemandu lelaki berusia 29 tahun cedera parah.

Penumpang belakang wanita berusia 42 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kenderaan yang dinaiki mangsa bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan dari arah Kampung Kiapad menuju ke Pekan Inanam.

“Ketika menuruni bukit, tiba-tiba kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

“Kenderaan itu berguling beberapa kali sejauh hampir 80 meter ke bawah, menyebabkan pemandu dan penumpang belakang tercampak keluar daripada kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, Khamis.

Mohd Zaidi berkata, penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh doktor dari Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

“Pemandu parah patah bahu kiri dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I manakala wanita terbabit hanya cedera ringan.

“Kenderaan masih belum dapat ditunda naik dari disebabkan cuaca pada masa kejadian sangat gelap dan hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Operasi mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan ketika kejadian dijalankan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas.

Hot this week

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img