Sunday, June 1, 2025

Lelaki ditikam ditemui mati di ladang kelapa sawit

Jasmin menunjukkan sebahagian dadah yang berjaya dirampas.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di badan dan kepala, disyaki dibunuh menggunakan tombak di sebuah ladang kelapa sawit kawasan Merotai pada Rabu.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam kira-kira jam 12.27 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga asing berumur 33 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang dipercayai mati dibunuh kira-kira jam 11 pagi pada Rabu.

“Ekoran itu polis telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Khamis.

Jasmin berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Bandar Tawau jam 12 pagi Khamis. Seorang daripada suspek lelaki berusia 53 tahun, ditahan reman selama tujuh hari.

“Polis masih menyiasat motif kejadian. Polis juga merampas sebuah motosikal dipercayai milik mangsa serta senjata tajam iaitu tombak yang disyaki digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dalam kes berasingan, Polis Tawau berjaya merampas 1,058.57 dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM65,000 dan menahan empat suspek dalam dua kes berasingan pada 6 Julai lepas.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img