Pasar Malam Tuaran pindah lokasi baharu

PENIAGA burger yang menjalankan perniagaan di pasar malam Tuaran

Oleh Hardy Joe

TUARAN: Pasar Malam Tuaran yang selama ini beroperasi di satu kawasan terbuka di pekan ini, kini berpindah ke tempat baharu dalam bangunan berbumbung bermula Khamis.

Bangunan milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Majlis Daerah Tuaran (MDT) itu siap pembinaannya sebulan lalu.

Kemudahan yang menyediakan lebih 50 lot perniagaan untuk peniaga kuih muih, minuman, lauk pauk, ikan dan kepak ayam panggang itu dilengkapi dengan lampu dan kipas.

Peniaga minuman sejuk pasar malam Tuaran. – Foto Mohd Syukrie Johary

Pasar makanan ringan itu mula beroperasi jam 8 pagi hingga jam 10 malam setiap hari.

Bersesuaian kewujudan kemudahan baharu itu, pemaju turut melengkapkan pasar itu dengan tandas awam dan surau.

Pengunjung, Murfaid Mufid, 25, menyifatkan pasar malam di lokasi baharu itu selesa dikunjungi orang ramai kerana suasana bersih dan lokasi yang luas.

“Pasar malam adalah tumpuan orang ramai sejak sekian lama untuk mendapatkan makanan ringan. Ia mudah dikunjungi kerana bersebelahan pasar ikan dan pasar sayur-sayuran Tuaran,” katanya.

Peniaga hanya mahu dikenali sebagai Azman, 45, berharap lokasi baharu itu dapat membantu menambah rezeki peniaga seperti mereka.

“Kami sedia menunggu kedatangan pelanggan ke tempat perniagaan baharu ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga yang ada di tempat itu sama-sama menjaga kebersihan premis perniagaan itu supaya menjadi tumpuan pelanggan dari pekan dan juga dari daerah lain.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img