Sunday, June 15, 2025

Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam kereta

Polis memeriksa kenderaan dengan wanita berada didalam dalam keadaan tidak sedar diri, dipercayai meninggal dunia.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta di Jalan Signal Hill, berhampiran Dewan Hakka, di sini, malam Jumaat.

Kejadian disedari orang awam yang memaklumkan pihak berkuasa selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 8.25 malam menyatakan ketika berjoging terlihat sebuah kereta jenis Proton Saga warna maroon dalam keadaan mencurigakan diletak di kawasan berkenaan.

Katanya, kereta enjin dalam keadaan hidup dan lampu menyala dan apabila menghampiri kereta itu, dia ternampak seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia.

“Pada 8.31 malam, polis dari Unit Ronda FRM Balai Polis Kota Kinabalu tiba di lokasi dan pihak ambulans dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) juga tiba. Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan berlaku tanda-tanda unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Menurutnya, mayat mangsa telah dirujuk ke Forensik HQE I, untuk tindakan selanjutnya. 

“Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR).

“Turut berada di tempat kejadian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img