Tuesday, June 17, 2025

DJ pusat hiburan ditahan dalam Op Noda

Polis smengadakan pemeriksaan sebuah premis hiburan yang didapati menjalankan operasi melebihi masa.

Oleh Nilam Raon

TAWAU: Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penyampai hiburan (DJ) di sebuah pusat hiburan ditahan menerusi Op Noda di sekitar bandar ini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 2.15 pagi.

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti hiburan awam melebihi masa yang ditetapkan dalam syarat lesen premis.

“Kita mengesan sebuah pusat hiburan beroperasi dengan muzik yang kuat dan ketika pemeriksaan diadakan, ada sembilan individu yang merupakan pelanggan berada di dalam premis itu,” katanya di sini.

Jelasnya, polis turut merampas beberapa peralatan muzik serta barangan elektronik yang digunakan di pusat hiburan berkenaan.

Lelaki terbabit katanya, dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 (Sabah No.23 Of 1958).

Sementara itu dalam kes berasingan, empat ditahan dengan 10 keping saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi Op Mabuk Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau.

Jasmin berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol ketika berada di atas jalan raya.

“Seramai empat individu berusia 22 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img