Thursday, June 19, 2025

NGO sokong saman SLS, gesa lebih banyak saman difail

Kanul Gindol

KOTA KINABALU: Dua pertubuhan aktivis mahu kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah untuk memberi sokongan secara terbuka kepada usaha Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dalam samannya mendapatkan komitmen 40 peratus hasil cukai Sabah.

Malah mereka juga berpendapat lebih banyak tindakan mahkamah dalam negara bahkan di mahkamah antarabangsa perlu dibuat bagi membela Sabah dan Sarawak daripada dibuli Kerajaan Pusat yang sentiasa didominasi ahli dan parti politik dari Malaya.

Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) dan Gindol Initiative for Civil Society Borneo dalam kenyataan bersama mahu 40 peratus hasil cukai Sabah mesti dikembalikan setiap tahun kepada Sabah.

“Selepas menemui rakan aktivis dan pemimpin masyarakat, kami boleh membuat kesimpulan bahawa usaha SLS memfail saman terhadap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan komitmen 40% hasil cukai Sabah itu telah mendapat sokongan 99 peratus rakyat Sabah,” kata mereka.

Presiden BoPiMaFo Daniel John Jambun dan Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo Kanul Gindol yakin saman oleh SLS untuk mendapatkan kembali 40 peratus hasil cukai itu disokong majoriti rakyat Sabah.

Oleh itu mereka menyeru pimpinan kerajaan GRS membuat komitmen secara terbuka memberi sokongan kepada usaha SLS kerana ini adalah untuk masa depan rakyat Sabah.

“Tolong jangan bantah saman ini. Jaminan yang dikeluarkan sebelum ini daripada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri I mengenai usaha ini masih kurang meyakinkan,” kata mereka.

Sebelum ini, Hajiji dan Dr Jeffrey Kitingan dalam kenyataan lisan memberitahu Kerajaan Sabah memberi jaminan tidak akan berhenti menuntut cukainya, walaupun ia bersetuju menerima geran tahunan RM300 juta sebagai ganti sementara hak 40% cukai.

Namun pertubuhan itu tidak yakin.

Mereka berpendapat Kerajaan Sabah, seperti Sarawak juga, patut lebih tegas berhubung tuntutan hak-hak Sabah termasuklah bersuara dalam kabinet dan membuat usul melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga katanya, mesti mengambil tindakan pentadbiran dan perundangan serta tidak menjadi penghalang kepada mana-mana usaha SLS dan pihak lain dalam meneruskan tuntutan berperlembagaan Sabah.

“Patut lebih banyak tindakan mahkamah dalam negara dan antarabangsa dibuat bagi membela Sabah dan Sarawak daripada dibuli Kerajaan Pusat yang sentiasa didominasi ahli dan parti politik dari Malaya,” tambah mereka.

Dua pertubuhan itu yang terbabit dalam menuntut dan mempertahankan hak-hak Sabah menyatakan kesediaan untuk menyokong dan menjadi sebahagian dalam saman pada masa depan.

Hot this week

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

Topics

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img