Sunday, July 20, 2025

Hajiji gesa rakyat Sabah kibar Jalur Gemilang

Jalur Gemilang megah di udara.

KOTA KINABALU (Selasa 1 Ogos): Ketua Menteri Sabah menyeru kepada semua rakyat Malaysia di negeri ini supaya mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat patriotism.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu semua penduduk Sabah untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang Ogos.

Katanya, rakyat perlu mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga terutamanya di rumah, bangunan pejabat kerajaan dan swasta, premis perniagaan, kenderaan masing-masing serta di mana sahaja tempat yang sesuai.

“Sempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang tahun ini, saya mengajak seluruh lapisan rakyat untuk kita sama-sama membangkitkan semangat patriotisme dan mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmoni, aman serta sejahtera. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. 

“Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila,” katanya ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2023 di sini, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, penerapan semangat patriotisme dalam setiap rakyat bukan sahaja menjadi ciri penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka, tetapi juga mampu membina kerukunan jitu dalam kalangan rakyat bagi menghadapi cabaran besar yang mendatang.

“Pelbagai program dan aktiviti telah dirangka sepanjang Bulan Kebangsaan ini, termasuklah Kembara Merdeka Negaraku anjuran Jabatan Penerangan Sabah yang akan menjelajah ke seluruh negeri bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

“Aktiviti lain yang dirancang Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA), Pertandingan Mencipta Video Pendek Kreatif Di Sabahfm, Doa Sayangi Malaysia, Ceramah Cinta Negara dan Program Semarak Gemilang,” katanya.

Ketua Menteri menegaskan pentingnya sokongan semua pihak termasuklah jabatan dan agensi kerajaan, sektor korporat, badan bukan kerajaan serta rakyat untuk merealisasikan pembangunan yang disusun dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi di bawah Hala Tuju SMJ, yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya mula membuahkan hasil. Sabah telah melakar pelbagai pencapaian membanggakan melalui pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri ini dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Hot this week

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...

Kaamatan bakal diangkat sebagai Khazanah Negara

Shalom (duduk kanan) bergambar bersama jawatankuasa pakar warisan adat...

Topics

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...

Kaamatan bakal diangkat sebagai Khazanah Negara

Shalom (duduk kanan) bergambar bersama jawatankuasa pakar warisan adat...

Solo sojourn?

By Datuk Philip GolingaiThe Star's Senior News Editor “SOLO” was...

Joniston: Going solo a political tactic against the aspirations of the Sabah people.

Joniston officiates the symbolic launch of Papawantai Taasok, a...

Ulu Padas Hydroelectricproject proceeding smoothly

Nizam...Barring any unforseen circumstances, it will be completed as...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img