Monday, July 21, 2025

MTIB sedia insentif kepada usahawan perkayuan Bumiputera

Antara usahawan yang hadir pada Taklimat Insentif Dan Bantuan MTIB Kepada Usahawan Perkayuan Bumiputera Wilayah Sabah

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Selasa 1 Ogos): Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan banyak insentif dan bantuan khusus untuk membantu usahawan perkayuan bumiputera di negara ini.

Ketua MTIB Wilayah Sabah, Mohd Razman Mohamad Azizuddin berkata, MTIB sedang giat menjalankan taklimat di negeri ini bagi memberi maklumat terperinci kepada usahawan mengenai insentif dan bantuan yang disediakan kerajaan.

MTIB katanya, terus komited membantu usahawan bumiputera agar mereka mampu bersaing secara kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kita turun ke lapangan untuk berjumpa usahawan dan memberikan taklimat supaya mereka tahu jenis bantuan dan cara mendapatkan Geran Padanan, Mesin Kerja Kayu, Program Pinjaman Bahan Mentah dan Aktiviti Akselerasi Pasaran,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Program Taklimat Insentif Dan Bantuan MTIB Kepada Usahawan Perkayuan Bumiputera Wilayah Sabah, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, program itu adalah komitmen dan insiatif Kementerian Perladangan dan Komoditi menerusi MTIB dalam usaha mengukuhkan kedudukan usahawan bumiputera.

Mohd Razman berkata, pada tahun lalu nilai eksport dan import industri perkayuan masing-masing adalah sebanyak RM25.21 billion dan RM8 bilion dan daripada jumlah itu, RM54.38 juta disumbangkan oleh usahawan bumiputera melalui eksport.

Bagaimanapun katanya, prestasi usahawan bumiputera di negara ini yang menceburi sektor itu masih rendah iaitu hanya seramai 524 orang dan 99.6 peratus adalah usahawan bersaiz kecil dan mikro.

“Kita melihat banyak kekangan yang mereka hadapi termasuklah kapasiti pengeluaran rendah, mesin konvensional dan berteknologi 10 tahun ke belakang serta kekurangan modal pembiayaan,” katanya lagi.

Hot this week

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Topics

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...

Kaamatan bakal diangkat sebagai Khazanah Negara

Shalom (duduk kanan) bergambar bersama jawatankuasa pakar warisan adat...

Solo sojourn?

By Datuk Philip GolingaiThe Star's Senior News Editor “SOLO” was...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img