Monday, June 23, 2025

Persatuan etnik digesa terus perkasa bahasa, budaya dan adat 

Joniston bergambar bersama peserta.

Antara pemenang Anugerah Lagu SabahHvfm.

PENAMPANG (Jumaat 4 Ogos): Ketua Menteri, Datuk Hajiji Haji Noor menggesa persatuan etnik berbilang latar belakang di negeri ini terus memperkasakan bahasa, kebudayaan dan adat etnik agar tidak pupus dihanyut arus globalisasi.

Katanya, ia penting agar warisan budaya kepelbagaian etnik di Sabah yang terdiri daripada lebih 35 etnik dan 217 sub etnik, menggunakan lebih 50 bahasa dan kira-kira 90 dialek, akan terus diperkasa dan tidak terpinggir dalam kemodenan.

“Saya mahu persatuan etnik juga memastikan anak-anak, terutama generasi muda belajar bertutur bahasa ibunda masing-masing.

“Kita bimbang jika soal bahasa ibunda ini tidak diberi perhatian serius, ia akan pupus.”

“Jika bahasa dan warisan budaya kaum tidak dipertahankan, maka akan hilang identiti. Justeru, generasi muda harus sama-sama mengambil tahu tentang bahasa dan kebudayaan kaum sendiri,” katanya di majlis Anugerah Lagu SABAHvfm 2023 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA pada Khamis.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program untuk memartabatkan khazanah budaya pelbagai kaum dan etnik di negeri ini juga akan terus diperkasakan.

Menurutnya, keunikan Sabah bukan hanya pada sumber alam semula jadi sahaja tetapi juga budaya rakyat termasuk bahasa.

Katanya, rakyat pelbagai kaum di negeri ini perlu sentiasa berasa bangga mempamerkan keunikan bahasa dan budaya masing-masing supaya dikenali generasi muda dan orang luar.

Sehubungan itu katanya, penganjuran majlis Anugerah Lagu SABAHvfm yang menerima sambutan baik daripada masyarakat, khususnya para pengkarya seni muzik tempatan akan membantu usaha memartabatkan bahasa etnik Sabah dengan lebih berkesan menerusi sinergi Kerajaan Negeri dengan agensi Persekutuan seperti RTM.

Beliau berharap dengan penglibatan lebih ramai anak muda daripada pelbagai suku kaum yang menyertai pertandingan seperti itu, mereka akan lebih mengenali bahasa dan budaya masing-masing.

Hajiji juga mengalu-alukan inisiatif dan kesungguhan RTM dalam menganjurkan pertandingan berprestij bagi lagu-lagu dalam bahasa etnik di Sabah.

“Penganjuran program ini mampu memelihara khazanah warisan budaya pelbagai etnik di Sabah terutama bahasa agar tidak pupus dalam arus pembangunan dunia globalisasi.

“Muzik dan lagu sama ada Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut membentuk dan mewujudkan identiti budaya kita yang unik melalui penggunaan bunyi instrumen dan irama yang unik serta menarik,” katanya.

Hajiji berharap program itu akan menjadi penggalak generasi muda agar mahir bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.

Katanya, mereka perlu memelihara bahasa ibunda untuk diwarisi generasi akan datang dan memastikannya  tidak pupus.

“Dengan ini, bahasa dan setiap amalan budaya tradisional akan terus kekal menjadi warisan kepada generasi akan datang.

“Semoga penganjuran Anugerah Lagu SABAHvfm berupaya meningkatkan penguasaan bahasa etnik khususnya Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut dalam kalangan rakyat dari suku kaum berkenaan,” tambahnya.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img