Hajiji, Dr Jeffrey bersama Jemaah Menteri di sidang DUN pada Rabu.
KOTA KINABALU (Rabu 9 Ogos): Sehingga Jun 2023 sebanyak RM76,663,880.41 zakat dikutip Kerajaan melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) daripada pelbagai jenis zakat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.
Daripada jumlah itu Zakat Pendapatan yang dikutip ialah sebanyak RM5,419,984 manakala Zakat Penggajian pula sebanyak RM33,630,129.10, Zakat Simpanan (RM4,179,495), Zakat Perniagaan (RM22,432,855) Zakat Emas/Perak (RM561,625) Zakat Saham (RM115,735), Zakat Pertanian (RM35,909), Zakat Ternakan (RM17,451) dan Zakat Fitrah (RM10,270,695).
Sementara itu kata Hajiji, jumlah penerima agihan zakat kepada asnaf sehingga Jun 2023 adalah sebanyak RM76,506,163.58 .
Beliau menjawap soalan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (Gagasan – Sebatik) yang bertanya jumlah kutipan zakat setakat bulan Jun 2023 dan jumlah sumbangan yang telah dikeluarkan daripada zakat tersebut.
Jawapan Ketua Menteri dibaca oleh Pembantu Menteri kepada KM, Datuk Ruslan Muharam.