Monday, June 23, 2025

‘Inisiatif satukan rumpun Dayak perlu inklusif’

Cleftus Mojingol

KOTA KINABALU (Jumaat 11 Ogos): Pihak yang mahu menyatukan semua masyarakat KDMR perlu melibatkan semua kaum etnik yang ada di negeri ini jika mahu mereka memberi sokongan kepada rumpun Dayak.

Presiden Pertubuhan Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS) Cleftus Spine Mojingol berkata, persatuannya menyokong usaha penyatuan masyarakat KadazanDusunMurut dan Rungus (KDMR) di bawah label Dayak.

“Bagaimanapun usaha mereka perlu lebih inklusif,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin KDM perlulah mengatur kemas rumah mereka sendiri terlebih dahulu sebagai persediaan untuk menerima lebih besar lingkungan konsensus tanpa mengira fahaman politik.

Beliau mempersoalkan kenapa hanya segelintir sahaja pemimpin atau etnik dijemput dalam satu majlis baru-baru ini yang diadakan Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah.

“Kenapa Hanya segelintir sahaja pemimpin atau kumpulan etnik yang dijemput? Kenapa persatuan etnik KDM yang lain tidak dijemput? 

“Adakah hanya mereka yang mempunyai fahaman politik yang sama sahaja yang dijemput?” soalnya meminta kepastian.

Sehubungan itu katanya, PKRDS berharap usaha murni untuk menyatukan orang Borneo dalam satu rumpun, tidak dipolitikkan lagi. 

“Cukup-cukuplah. Tiada yang menghormati kita di luar, jika kita tidak mengatur dengan baik rumah kita sendiri terlebih dulu,” katanya.

Awal minggu ini MHEANS mengadakan sambutan Hari Orang Asal Sedunia (HOAS) di Dewan Hongkod Koisaan KDCA dengan tema ‘mencari kesaksamaan identiti’ di mana ia membuat komitmen untuk menjadikan satu identiti iaitu Dayak sebagai satu rumpun dalam Borneo.

Selain Sabah, sambutan itu juga dihadiri kira-kira 200 orang dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia. Pelbagai acara termasuk pembentangan pelbagai kertas kerja,  tarian dan pertunjukan fesyen diadakan di sana.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img