Tuesday, June 24, 2025

500 penduduk Kg Naalap Menggatal bukan lagi berstatus setinggan

Batu sempadan sudah dipasang di sempadan.

Penduduk kampung bersatu dapatkan status tanah.
Majimbun


KOTA KINABALU (Sabtu 12 Ogos): Permohonan dan kesukaran mencari sempadan tanah sejak tahun 1996 di antara dua kampung – Naalap dan Mansiang di Menggatal kini berakhir dalam suasana baik dan aman.

Hak tanah diberi kepada Kampung Naalap dan kawasan tanah seluas kira-kira 200 ekar kini sudah mendapat kelulusan untuk diwartakan sebagai Tanah Perkampungan Anak Negeri.

Status baharunya sebagai tanah anak negeri ini kini dinikmati oleh lebih 500 penduduk Kg Naalap yang lega kerana mereka tidak lagi hidup di atas tanah sebagai penduduk setinggan. Mereka merancang untuk mengusahakan tanah itu untuk tujuan pertanian.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam Datuk William Majimbun berkata, permohonan untuk mewartakan Kg Naalap sebagai tanah perkampungan anak negeri bermula sejak 1996.

“Tetapi dengan berkat Tuhan kami berjaya memperolehi kelulusan untuk mewartakannya dan sekarang kami dalam proses untuk menanam Batu Sempadan di antara Kg Naalap dan Kg Mansiang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, kerja-kerja pewartaan bermula pada Januari 2021 di mana perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kampung diadakan sehinggalah AJK Kg Naalap dapat ditubuhkan.

AJK melantik seorang penduduk sebagai pemangku Ketua Kampung. Pelantikan dibuat kerana hanya jawatan ketua kampung boleh mengurus tanah kerajaan yang akan diwartakan sebagai tanah adat.

Ketua Kampung telah mengubal peraturan-peraturan/undang-undang kecil khas untuk penduduk kampung dan pemilik lot Naalap bertujuan menstrukturkan semula pentadbiran yang disokong oleh pemimpin lain termasuk Ketua Anak Negeri.

Kata Majimbun, di antara undang-undang kecil yang diperkenalkan ialah melarang penduduk menjual lot tanah mereka dalam kawasan kampung Naalap kepada orang lain.

Pada Oktober 2021 permohonan mewarta itu diluluskan dan KK merujuk kepada PPHT untuk kerja-kerja menyukat tanah.

“Atas usaha PPM, Ketua Kampung penaja telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Kampung yang sah. Penyerahan watikah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jaochim Gunsalam dalam satu majilis di kampung Naalap.

“Daripada November 2022 hinggalah Januari 2023, KK memberitahu mengenai perkembangan pengukuran kampung tiga kali seminggu sehingga berjaya mendapat komen arahan mengukur daripada Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah,” katanya.

Beliau memberitahu, bahagian menyukat memberi jaminan akan memulakan penanaman Batu Sempadan pada Ogos 2023. Pada Selasa (9 Ogos) penanaman Batu Sempadan untuk tujuan pergukuran seterusnya perwartaan Kg.Naalap berjaya dilakukan.

“Saya sendiri memantau perkembangan pengukuran Kg Naalap dari awal sehingga selesai. Kampung ini kini diwartakan sebagai Tanah Perkampungan Anak Negeri. 

“Ini adalah berita baik kepada penduduk kampung. Mereka kini selamat kerana tiada sesiapa boleh mengambil tanah itu daripada mereka. Pendatang tanpa izin (PTI) tidak lagi boleh datang di sini.

“Paling penting penduduk kampung tidak lagi bergelar setinggan,” katanya menambah seluas 200 ekar dicadangkan untuk pewartaan tetapi jumlah berkurangan kerana ada yang diambil untuk projek Pan Borneo.

Mengenai pemilikan, Majimbun berkata kawasan yang digazet bukan untuk individu tetapi Ketua Kampung akan memperuntukkan lot-lot kepada penduduk asal Kg Naalap.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img