Tuesday, June 24, 2025

Pelancong China puas hati tahap keselamatan di ESScom

Huang dan warga ESScom bergambar kenangan pada majlis itu.

Huang bertemu dengan Victor dalam lawatan singkat ke ESScom.

Oleh Nilam Raon

LAHAD DATU (Sabtu 12 Ogos): Pelancong China yang datang ke Sabah khususnya ke Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) berpuas hati dengan tahap keselamatan di kawasan itu.

Konsulat Jeneral Republik China (KJC) di Kota Kinabalu, Huang Shifang berkata, pihaknya tidak mempunyai keraguan mengenai keadaan keselamatan di pantai timur Sabah.

Menurutnya, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) telah melaksana tugas menjaga keselamatan dengan baik dan pelancong dan juga pelabur luar berasa puas hati.

“Tiada keraguan lagi mengenai keadaan keselamatan di pantai timur Sabah, semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya ketika melakukan lawatan singkat ke ESScom, pada Jumaat.

Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu melakukan kunjungan hormat ke atas Komander ESScom DCP Victor Sanjos.

Huang menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ESScom atas kejayaan mengekalkan keamanan dan keselamatan di ESSzone dan berharap agar hubungan dan komunikasi dua hala antara pejabat Konsulat Republik China dan ESScom dapat diperkukuhkan.

Sementara itu, DCP Victor Sanjos dalam ucapan balasnya memberi jaminan bahawa ESScom dengan kerjasama semua pasukan keselamatan akan sentiasa mengutamakan keselamatan pelancong yang berkunjung ke pantai timur Sabah.

Beliau menyatakan hasrat dan perancangan ESScom untuk mengadakan jalinan kerjasama strategik dengan agensi lain, termasuk Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen Malaysia ke arah mewujudkan satu data pergerakan pelancong.

Turut hadir Timbalan Komander SAC Roslan Mat Saad, Ketua Staf Operasi Darat SAC M Chandera.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img