Home Berita Maktab Sabah peroleh peruntukan baik pulih tandas

Maktab Sabah peroleh peruntukan baik pulih tandas

PIBG Maktabt Sabah menyediakan peralatan untuk membaik pulih tandas sekolah itu.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary 

KOTA KINABALU (Isnin 14 OGOS): Peruntukan sebanyak RM70,000 daripada Kerajaan Persekutuan untuk membaik pulih tandas di setiap sekolah akan memberi keselesaan kepada pelajar dan kakitangannya.

Ia juga adalah kemudahan yang amat diperlukan sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Maktab Sabah, Mohd Arif Tun Sakaran, berkata, sumbangan RM2,000 daripada kerajaan negeri kepada PIBG melaksanakan program itu membantu melaksanakan kegiatan pelajar dan guru.

“Keprihatinan Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri berkaitan isu keperluan sekolah di Sabah terutama pemenambahbaikan kemudahan sekolah yang mendesak dihargai PIBG,” katanya selepas program gotong royong perdana Madani Maktab Sabah Kota Kinabalu di sini, semalam.

Katanya, peruntukan diberikan kerajaan kepada setiap sekolah di Sabah itu wajar dimanfaatkan untuk pembaikan kemudahan sekolah yang rosak.

“PIBG akan membelanjakan RM2,000 sumbangan kerajaan negeri untuk program yang dapat membantu pihak sekolah menambah baik kemudahan sedia ada demi keselesaan warga sekolah selain aktiviti pelajar dan guru,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Arif berharap peruntukan seumpama itu dapat diteruskan kerajaan pada masa depan kerana dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif.

Kemudahan ini dapat merangsang minat dan semangat pelajar terus menimba ilmu dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang menyalurkan dana kepada setiap sekolah berjumlah RM70,000 terutamanya untuk pembaikan pulih tandas.

“Hari ini sebahagian daripada peruntukan itu kita gunakan membuat penambah baik pada tandas Maktab Sabah,” katanya.

NO COMMENTS

Exit mobile version