Sunday, June 22, 2025

Edar syabu: Warga asing dituduh di mahkamah

Tertuduh (depan kanan) diiringi anggota polis selepas dituduh di mahkamah Isnin.

Oleh Nilam Raon 

TAWAU (Isnin 21 Ogos): Seorang pemuda warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan mengedar dadah jenis syabu seberat 7.4 kilogram (kg) dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh iaitu Muhammad Ahmad, 22, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 Ogos lepas kira-kira jam 10.10 pagi di kawasan Jeti Pelabuhan Tawau.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum Seksyen 39B (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Mahkamah menetapkan 26 September depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan kimia.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img