Alkohol: Dua pemandu didenda RM10,000

Tertuduh (dua kiri dan kanan) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau.

Oleh Nilam Raon

TAWAU (Rabu 23 Ogos): Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tertuduh Yap Siew Ting, 54, dan Fajar Baddare, 39, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin, Rabu.

Mengikut kertas pertuduhan, Yap yang turut dihukum penjara tiga hari didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sin Hwa Seng, pada jam 12.34 tengah malam, 5 Ogos lalu.

Manakala Fajar yang turut dikenakan hukuman lima hari penjara pula, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 23 Julai lalu di Jalan Sin Hwa Seng, kira-kira jam 12.25 tengah malam.

Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah kedua-dua tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen memandunya digantung dua tahun.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img