MDT sertai perbarisan kemerdekaan di KK

267

Mesyuarat persediaan MDT untuk mengambil bahagian pada perbarisan sambutan kemerdekaan peringkat negeri di Kota Kinabalu 31 Ogos ini.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TUARAN (Rabu 23 Ogos): Majlis Daerah Tuaran (MDT) akan mengambil bahagian dalam perbarisan sambutan kemerdekaan peringkat negeri di Kota Kinabalu 31 Ogos ini.

MDT dalam satu kenyataan berkata, persediaan untuk mengambil bahagian pada perbarisan Merdeka 2023 bersama komuniti itu diadakan menerusi mesyuarat 21 Ogos lalu yang dipengerusikan Pegawai Eksekutif MDT, Jamlin Ladin.

Kontinjen MDT membabitkan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Rugading; Taman Telipok Ria dan Taman Gayang Ria akan menyertainya.

“Kami akan mengikuti perbarisan yang bertema ‘Perpaduan Dalam Komuniti’ berasaskan slogan ‘Malaysia Madani’,” katanya dalam kenyataan.

Previous articleState Government supports ‘Fish Bomb Free Sabah’
Next articleSandakan infrastructure in ‘ICU’: Frankie Poon