Home Berita Penutup lubang kumbahan rosak merbahaya

Penutup lubang kumbahan rosak merbahaya

Peniaga, Shim Boon Hwa (kiri) menunjukkan penutup lubang kumbahan berhampiran Wisma Ting Hui, Tamparuli yang membahayakan keselamatan orang ramai kerana rosak.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TAMPARULI (Khamis 24 Ogos): Majlis Daerah Tuaran (MDT) perlu menggantikan penutup lubang kumbahan di laluan pejalan kaki berhampiran Wisma Ting Hui di sini, yang rosak sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

Ini kerana penutup sudah rosak dan dikhuatiri ada pengguna jalan yang mungkin terjatuh d sana.

“Tukarlah penutup itu untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku ke atas orang ramai yang melalui kawasan berkenaan,” kata penduduk di sana.

Pemilik premis perniagaan berhampiran, Shim Boon Hwa, 65, melaporkan masalah itu kepada pusat khidmat Parlimen Tuaran untuk diambil tindakan, semalam.

“Harap Majlis Daerah Tuaran dapat mengambil tindakan segera menggantikan penutup itu untuk mengelak ada pejalan kaki tersandung atau terjatuh dalam lubang. Keadaan penutup kumbahan itu ibarat perangkap menunggu mangsa jika tidak dibaiki segera,” katanya.

NO COMMENTS

Exit mobile version