Monday, June 23, 2025

Sabah tumpu pembangunan STI: Hajiji

Hajiji

KOTA KINABALU (Jumaat 24 Ogos): Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Katanya, bagi mempergiat pembudayaan dan pengaplikasian STI di peringkat akar umbi, Kerajaan Negeri dengan bantuan Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) melaksanakan beberapa program baharu seperti Program Jelajah SMJ KSTI, Majlis Anugerah Sains Sabah, Program Jelajah Astronomi Sabah dan Sabah Malaysia Techlympics 2023.

Menurutnya, Digital Internet Of Thing (IoT) Sandbox yang pertama di Borneo telah pun beroperasi sepenuhnya di Kota Kinabalu yang bertujuan menggalakkan masyarakat berdaya kreatif dan berinovasi, disamping meningkatkan pengkomersialan hasil inovasi tempatan.

“Kerajaan Negeri juga akan meneruskan program inovasi masyarakat luar bandar melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat e-Desa. Kita juga merancang untuk menubuhkan Pusat Sains dan Inovasi di setiap zon. 

“Projek yang sedang dalam proses untuk pelaksanaannya ini merangkumi pembinaan Pusat Sains dan “Maker Space” di Perpustakaan Negeri cawangan Sandakan dan Tawau. 

“Kerajaan Negeri akan mewujudkan lebih banyak perpustakaan di negeri ini yang dilengkapi dengan bahan bacaan dan sumber-sumber rujukan terkini berkaitan STI”, katanya ketika merasmikan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Sabah dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Sabah di Dewan Kuliah Pusat Baru Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri (KSTI), Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, pelaksanaan Malaysia Techlympics 2023 merupakan pertandingan berteraskan STI yang dirangka untuk menarik minat para pelajar dan belia khususnya dalam mempelajari teknologi terkini serta mengaplikasinya secara lahiriah menerusi ciptaan-ciptaan inovasi seperti robotik dan dron. 

Menurutnya, jumlah penyertaan pada Malaysia Techlympics bagi negeri Sabah meningkat tahun ini daripada 31,955 pada 2022 kepada 78,884 pada 2023.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan menyambut baik inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Beliau berkata, kolaborasi strategik Kerajaan Negeri bersama MOSTI melalui KSTI Sabah termasuklah Kembara Sains Borneo yang sedang berlangsung bermula 21 Ogos lalu hingga 1 Oktober 2023 meliputi kawasan-kawasan seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan.

Hajiji berharap anak-anak Sabah dapat memanfaatkan inisiatif Kerajaan melalui MOSTI, khususnya dalam menggerakkan pelaksanaan pelbagai inisiatif, program dan aktiviti serta mewujudkan kesedaran dan pembudayaan STI secara bersepadu.

“Ketersediaan Kerajaan Negeri dalam membantu menjayakan pelaksanaan Karnival MSN 2023 Peringkat Negeri Sabah dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Sabah adalah manifestasi komitmen kita bagi membudayakan STI dalam kalangan rakyat setempat.”

“Pelaksanaan karnival ini juga untuk meraikan kepelbagaian STI dan memberi peluang kepada penggerak dan pengamal STI tempatan mengetengahkan teknologi dan inovasi mereka kepada seluruh rakyat Sabah khususnya golongan sasar belia dalam bidang teknologi”, tambahnya.

Beliau menggesa anak-anak Sabah mengambil bahagian dalam karnival itu dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Sabah dengan pengisian dari MOSTI dan rakan-rakan strategik lain yang berlangsung sehingga Oktober 2023.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img