Tuesday, June 24, 2025

Satu sekolah di Kinabatangan buka akaun TH

Datin Nurlaila (tengah) saksikan urusan pembukaan akaun kepada pihak sekolah dengan TH.

KINABATANGAN (Jumaat 25 Ogos): Kesemua 478 murid, guru dan kakitangan Islam Sekolah Paris 3 membuka akaun simpanan TH untuk menunaikan fardu haji yang merupakan objektif utama pendeposit TH.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datin Nurlaila Said berkata, walaupun sekolah ini terletak jauh di kawasan pedalaman iaitu kira-kira 500 kilometer daripada Kota Kinabalu, ia merupakan sekolah pertama di Sabah dengan seratus peratus murid dan guru-gurunya telah membuka akaun TH.

“Usaha ini sekaligus memberi galakan serta dorongan kepada pelajar untuk menabung sedikit demi sedikit bermula pada usia muda supaya boleh digunakan untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima.

“Aktiviti pembukaan akaun di sekolah ini dilakukan sejak 22 Jun lalu melalui kaunter bergerak TH serta secara dalam talian mererusi pautan dan aplikasi THiJARI dengan simpanan permulaan serendah RM2 sahaja. 

“TH berharap inisiatif ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain agar dapat menerapkan minat menabung di usia muda,” kata Datin Nurlaila.

Katanya, selain untuk menyempurnakan rukun Islam, kelebihan menyimpan wang di TH juga turut meyakinkan pelajar dan guru sekolah  simpanan yang patuh syariah, jaminan penuh Kerajaan dan zakat yang dilunaskan.

Pada masa ini seramai 523,584 atau 33.78 peratus umat Islam di Sabah telah membuka akaun TH dengan pendaftaran haji seramai 164,958 orang atau 31.51 peratus. 

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). 

TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini merancang simpanan bagi menunaikan ibadat haji. 

Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara dan mempunyai pengalaman 60 tahun, TH sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan sistematik demi menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia (tidak termasuk urusan umrah). 

Pencapaian TH mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif dan mempunyai hampir sembilan juta pendeposit serta 123 cawangan dengan lebih 10,000 ‘touch-points’ di seluruh negara. 

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img